Munafik Tulen.

Assalamualaikum. Hai.. =') eheh. Yeah, I've been busy like siamang I don't even care. I don't even have time to rest yet alone updating my blog. Nonetheless, I don't even bother to go into that. Namanya pun kerja kan.. Mestilah penat. Kisah benar yang kedua kali ni mungkin pernah terjadi pada kamu semua. Sesungguhnya, kisah ini amat memberi iktibar kepada kita agar berhati2 selama seorang itu baru bergelar kawan, bukan sahabat. Bacalah, untuk kekuatan jiwa kita. Allahuakbar.

Saya telah memulakan bisnes keperluan peribadi wanita, lalu mengajak beberapa orang kawan untuk bersama2 saya menjana pendapatan sampingan. Daripada duduk2 saja bersembang tidak berfaedah, bukankah baik berbuat jualan, mana tahu akan mendapat untung. Dan siapa tahu dari situ terbentuknya gedung perniagaan suatu masa kelak. Lagipun barang yang ingin saya jual itu mmg keperluan wanita. Tiada langsung masalah pasaran. Pada mulanya perniagaan saya tiada saingan. Semua kawan saya sanggup bekerjasama, cuma ada seorang sahaja itu yang tiba2 mengkhianati saya. Saya tak faham kenapa dia berbuat begitu. Pengkhianatan yang dilakukanya menyebabkan saya rugi dan terus menjunam. Berikanlah saya kata2 semangat agar saya boleh kembali bangkit.

Jawapan

Pengkhianatan pasti akan terdedah jua. Sama ada ia adalah pengkhianatan antara kekasih, antara suami isteri, antara majikan dan kakitangan, antara sesama kawan bahkan terhadap ahli keluarga sendiri. Apabila tiba masanya, ia akan terdedah jua. Tidak pernah sesuatu pengkhianatan dapat ditutup selama2 nya. Apabila masa bergerak pergi, sama ada pengkhianatan itu akan terdedah sendiri atau ada orang sengaja yang menggalinya, kita akan lihat kebenaranya kelak. Sekecil mana pun pengkhianatan itu, suatu hari pasti akan terbuka juga. Kadang2 si pengkhianat itu sendiri yang mendedahkanya. Apabila diransang rasa bersalah dan ingin bertaubat, individu ini akan mencari orang yang dikhianatinya untuk memohon maaf. Ketika itu terdedahlah segalanya.

Oleh itu, usah terlalu rasa sakit apabila anda dikhianati. Percayalah, lambat laun kebenaran akan terbuka jua. Sama ada ketika itu anda masih hidup untuk melihatnya ataupun telah tiada di muka bumi ini, kebenaran akan sentiasa berpihak kepada yang jujur. Jadi, jika anda tahu anda seorang yang jujur, anda tidak perlu bersusah hati dengan permainan orang. Jika berupaya gali, gali lah, tetapi jika tidak.. biarkan sahaja masa membongkarnya. Anda hanya perlukan sedikit kesabaran. Percayalah.. sikap sabar sentiasa membawa untung dihujung. 

Hakikatnya, tidak ramai yang menyedari hal ini. Apabila merasakan diri dikhianati, mereka akan bertindak balas. Pelbagai perbuatan yang tidak sesuai barangkali tercetus termasuklah berdepan, bertengkar, bertelagah, bergaduh, bertumbuk, malah berbunuhan. Sabda rasullullah s.a.w, " Ada 4 perkara, sesiapa yang melakukanya maka dia adalah munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu drpd empat perkara itu, maka dia mpunyai salah satu drpd sifat munafik, hingga dia meninggalkanya. 4 sifat itu ialah apabila dipercayai dia khianat, apabila bercakap dia berdusta, apabila berjanji dia mungkir dan apabila btengkar dia mengenepikan kebenaran (menegakkan benang yang basah). "- Riwayat Ahmad.

Dalam hadis ni jelas mengatakan si pengkhianat adalah munafik. Jadi mengapa hendak berurusan lagi dengan si pengkhianat? Begitu ramai manusia di muka bumi ini, mengapa hendak berkasih sayang dengan si pengkhianat? Izinkan saya menceritakan satu kisah benar tentang pengkhianatan seorang kawan dengan kawanya yang lain. Kisahnya begini:

" Apa yang aku nak ceritakan ini mungkin juga berlaku kepada org lain ttapi aku tidak mahu mengaitkanya. Bagi aku, kisah aku adalah kisah aku dan tidak ada kena mengena dengan orang lain," kata Yunus. " Ceritanya pun taklah panjang sgt tetapi aku harap ia menjadi pengajaran kepada mereka yang baik hati."
Dan, Yunus pun memulakan ceritanya..

Aku seorang pekerja, jawatan biasa2 sahaja. Gaji kira cukuplah untuk makan pakai aku sekeluarga. Dalam hidup, kita tidak dapat mjangka sesuatu akan berlaku dan begitu jugalah dengan aku. Suatu hari aku ditimpa kesusahan yang memerlukan perbelanjaan melebihi drpd biasa. Pening kepala memikirkan ke manakah aku harus mengadu dan meminta pertolongan. Fikir punya fikir, aku teringat akan seorang kawan baik aku yang jawatanya lebih tinggi dan gajinya juga lebih banyak drpdku.

Dengan tebal muka dan rasa malu teramat, aku mengadu nasib meminta bantuanya. Maklumlah selama ini aku tidak pernah meminta hutang denganya walau seringgit pun. Alhamdulillah, cerita aku didengarnya, kesusahan aku disimpatinya. Dengan senang hati, dia bersedia membantuku. Leganya hati TUHAN yang tahu. Dalam perjanjian lisan antara kami, aku menyatakan kalau tidak ada aral melintang, hutang ini aku jelaskan padanya bulan hadapan tetapi kalau ada masalah, aku minta tangguh sehingga mampu. Apapun perkembanganya, akan kumaklumkan kepadanya.

" Janganlah kamu susah hati sangat. Gunalah dulu, selesaikan masalah kamu tu. Apabila dah ada nanti, bayarlah semula. Lagipun, aku ada lagi simpanan," katanya dengan yakin.

Bertambah lega aku mendengar kata2nya itu. Tidaklah semua orang yang berpangkat ini sombong. Hari yang dijanjikan pun tiba,. Aku yang bergaji kecil ini mana mapu membayarnya sekaligus. Ketidakupayaan aku membayar kumaklumkan kepdanaya dan sekali lagi dia meyakinkanku. " Kan aku dah kata, jangan risau... bila ada nanti, kamu bayarlah." Berpegang pada kata2nya, aku pun mengumpul sedikit demi sedikit secara bulanan. Insya allah, cukup nanti aku akan bayar sekaligus walaupun masanya dah terlebih. Tak apalah, itu lebih baik drpd aku tak bayar.

Suatu hari di pasar malam, aku terserempak dengan kawan kepada kawan aku yang baik hati itu. Setelah bertanya khabar, kami berbual seketika. Bukanlah ada cerita penting pun, hanya berbual kosong sahaja. Namun aku terkejut apabila kawan itu bertanya kepadaku, benarkah aku ada berhutang dengan kawanya? Aku terkejut lalu bertanya dari mana dia mendapat cerita ini? Menurutnya, kawan itu sendiri yang beritahu. Ceritanya lagi, " Kawan itu kata janji sebulan tapi sampai sekarang sesen pun belum berbayar. Kalah dah tak mampu bayar semua, bayarlah sedikit2. Apa salahnya. Dahlah tu, telefon pun taknak. Nampak aku larikan diri, masa susah dulu pandai pulak cari aku."

Berderau darahku. Kenapalah kawan aku tergamak buat cerita macam tu sedangkan aku berkali2 menelefon memberitahunya dan dia sendiri juga menasihatiku agar tidak terlalu terbeban dengan hutang itu. Aku tak kata apa2 mendengar cerita kawan kepada kawan aku itu kerana sememangnya aku yang bersalah. Dalam perjalanan pulang, aku memikirkan akan cerita yang kudengari tadi. Kenapalah ada manusia yang berpura2, hipokrit sesama manusia. Kalau dah tolong tu, buatlah cara tolong. Kenapa pulak hendak burukkan orang lain? Salahkah kalau manis dimulut, manis jugalah dihati? Apakah dia merasakan yang dia akan senang selalu dan tidak akan susah, ataupun kalau dah tak mampu, tolong cakap sajalah tidak mampu, buat apa hendak berlagak.

Esoknya, aku berikhtiar mencukupi wang yang sepatutnya aku bayar kepada dia. Tengahari itu, aku berjumpanya dan menjelaskan semua hutangku.

" Kamu dah ada duit ke, bayar semua ni? "

Aku tidak menjawab tetapi hanya mengucapkan terima kasih. Sambil berlalu, hati kecilku berkata, kata mulut kamu tak sama dengan kata hati kamu."

Jika anda sayangkan kehidupan yang penuh bermakna, harmoni lagi tenang, bentenglah diri drpd sebarang pengkhianatan manusia. Sebaik sahaja tahu pengkhianatan telah berlaku, tidak kira kecil kecil atau besar, pergilah jauh2 drpdnya. Kita sama sekali tidak memerlukan orang yang mahu mengambil kesempatan terhadap diri kita kerana sememangnya ramai lagi yang mahu berkorban untuk kejayaan kita. 

Drpd Ibnu Umar r.a katanya,

" Aku dengar Nabi s.a.w bersabda, bagi tiap2 orang yang khianat (penipu) ada bendera yang dipancangkan tanda khianatnya pada hari kiamat kelak. " -Bukhari


Aku pernah merasa pengalaman mcm cerita diatas. Dan tak mustahil ramai lagi yang pernah bdepan dgn situasi mcm ni, mula2 tu mmg bengang.. Mmg rasa nak confront.. Tapi apalah yang kita dapat. Bgaduh dgn manusia ni takkan bkesudahan jadi biarlah. Itu semua ada kira-kira nya di akhirat. Kita ikhlas menolong, dia pun mulut manis je depan kita, belakang rupanya lain pulak ceritanya.. Aih..xpo aih... =')


*Sumber: Dr HM Tuah Iskandar.

Comments

Popular posts from this blog

Errr.. Hi.

Jumaat