Posts

Showing posts from October, 2021

Jumaat

Image
Kenyang gila ya Allah.. Acah-acah taknak lunch, nak makan kueh je dekat cafe tadi. Takde maknanya. Aku ambik Mee Sup, buah Jambu, Teh Tarik. Pastu Fiza dengan geng HR join, aku cekik pulak donut kawan tu. Settle. Selesema aku still tak baik-baik lagi, suara still lain. Buat test Covid. Alhamdulillah, takde apa pun. Negative. Taktaulah apahal. Terkena hujan hari tu ke? Atau viral fever?  Setelah melalui perpisahan, benda ni aku sangat-sangat setuju. Bukan apa.. Kau menempah maut kalau kau choose to ignore bendera-bendera merah ni.. Aku dah lalui. Pun kadang aku terlupa. Duk husnudzon yang kita ni duk nampak a person potentials. Soalnya sekarang ni bukan soal apa yang kita nampak. Tindakan dia tu bertentangan dengan nilai-nilai yang kita pegang. Pulak tu, tak selari langsung dengan apa yang dia duk cakap. Contoh, kita dah nampak bunga-bunga dia baran misalnya. Lepas kawen, baran dia tu akan double atau senang cerita berganda yang kita nak kena hadap lepas kahwin. Sanggup ke? Yang aku ni

Honey

Image
Aku bila tengok gambar ni aku gelak gila-gila. Pakai topeng tak menahan tuu Hahahaha time aku menaip ni pun aku duk tersengih-sengih lagi. Gambar ni memang sebijik situasi aku dengan sorang member baik aku dekat tempat kerja, Honey. Situasi dekat tempat kerja kitaorang agak toksik time tu, so masing-masing duk bagi semangat dekat each other . Banyak doa, solat hajat segala. Tapiiiiii, Allah lebih tahu, dah masuk 5 tahun dekat sini. Siap pakej aku jadi SO Allah bagi. Tetap Alhamdulillahhh.  Cuma Honey dah dapat kerja tempat lain. Bulan 12 ni dia chow. Tinggal lah aku. Lepas ni, sapa lah nak jadi geng aku macam dalam gambar ni. Huahua

Errr.. Hi.

Bapakkk. Setahun abad aku tak menulis. Yang beno nya aku decide nak tutup je blog ni. Tetiba rasa nak menulis pulak setelah aku baca blog Kak Di. Tup-tup, Google tak matikan pun blog aku ni. Duk ada elok je bila aku nak create blog . Anyway, pandemik Covid 19 hit for two (2) years already . Dari 2019. Kalau tak salah ingatan aku, 15 March 2019 Kerajaan dah keluarkan arahan untuk tempoh lockdown . Mula-mula 2 minggu,  then tambah lagi 2 minggu, penyudahnya, 2 tahun. (Berbanyak2 tahniah) Perrghhhhhhh Aku duk scroll entry aku yang lama, aku start blogging tahun 2011. Kalau ikut logik masa, anak aku dah empat now. Huahuahua. So far alhamdulillah takde lagi. Kau jangan tanya la kenapa aku cakap Alhamdulillah. Setiap apa yang Allah bagi dan tak bagi, tetap aje Alhamdulillah sebab Dia lagi tahu.  Tak sangka jauh juga perjalanan yang aku dah tempuh. Macam-macam ujian duk lalu, macam-macam nikmat duk dapat. Dan banyak juga lesson learnt yang aku terima. Hilang kawan, lost of loved ones ( lov