The Messenger.

I've been watching a spiritual series called Law Ka Na Bainana or if Beloved Muhammad is with us, which tells us about the good traits and a life journey of Nabi Muhamad s.a.w. I'm sure everybody is aware of that series since it was a hit now. Bila tgk series tu xbhenti2 rasa menyesal dgn segala salah silap dgn manusia.. Dengan mak ayah.. dengan adik beradik.. dgn kawan2.. I've been thinking hard and I've decided to make a baby steps in improving certain things in life.. 

BTW, nak share one of the episodes here. 

Begitu tingginya tingkah laku Nabi Muhamad s.a.w. Hubungan baginda bukan hanya antara manusia yang ada disekelilingnya. Tetapi memiliki hubungan dengan haiwan dan benda yang tidak bernyawa. Tentang perkara ini, Nabi Muhamad SAW memberi nama kepada binatang dan barang miliknya.

Seperti, unta nya diberi nama Qaswa. Baginda mempunyai seekor baghal yang bernama Doldol. Seekor keldai yang bernama Ya'fur. Nabi juga memiliki seekor kuda berwarna perang yang bernama Al-Murtajiz. Dan kuda berwarna hitam yang di beri nama As-Sakbu, bermaksud pantas berlari. Baginda menamakan cawannya Ar-Rayyan. Manakala mangkuk yang digunakanya untuk makan diberi nama Al-Gharra'. Manakala beg yang digunakanya diberi nama Al-Kafur. Antara barang yang terkenal ialah pedang Baginda yang bernama Dzul Faqqar. 

Rasullullah SAW begitu penyayang, hinggakan kepada yang tidak bernyawa.

Comments

Popular posts from this blog

Errr.. Hi.

Jumaat