Jumaat
Kenyang gila ya Allah.. Acah-acah taknak lunch, nak makan kueh je dekat cafe tadi. Takde maknanya. Aku ambik Mee Sup, buah Jambu, Teh Tarik. Pastu Fiza dengan geng HR join, aku cekik pulak donut kawan tu. Settle. Selesema aku still tak baik-baik lagi, suara still lain. Buat test Covid. Alhamdulillah, takde apa pun. Negative. Taktaulah apahal. Terkena hujan hari tu ke? Atau viral fever? Setelah melalui perpisahan, benda ni aku sangat-sangat setuju. Bukan apa.. Kau menempah maut kalau kau choose to ignore bendera-bendera merah ni.. Aku dah lalui. Pun kadang aku terlupa. Duk husnudzon yang kita ni duk nampak a person potentials. Soalnya sekarang ni bukan soal apa yang kita nampak. Tindakan dia tu bertentangan dengan nilai-nilai yang kita pegang. Pulak tu, tak selari langsung dengan apa yang dia duk cakap. Contoh, kita dah nampak bunga-bunga dia baran misalnya. Lepas kawen, baran dia tu akan double atau senang cerita berganda yang kita nak kena hadap lepas kahwin. Sanggup ke? Yang aku...