Jumaat

Kenyang gila ya Allah.. Acah-acah taknak lunch, nak makan kueh je dekat cafe tadi. Takde maknanya. Aku ambik Mee Sup, buah Jambu, Teh Tarik. Pastu Fiza dengan geng HR join, aku cekik pulak donut kawan tu. Settle.

Selesema aku still tak baik-baik lagi, suara still lain. Buat test Covid. Alhamdulillah, takde apa pun. Negative. Taktaulah apahal. Terkena hujan hari tu ke? Atau viral fever? 


Setelah melalui perpisahan, benda ni aku sangat-sangat setuju. Bukan apa.. Kau menempah maut kalau kau choose to ignore bendera-bendera merah ni.. Aku dah lalui. Pun kadang aku terlupa. Duk husnudzon yang kita ni duk nampak a person potentials. Soalnya sekarang ni bukan soal apa yang kita nampak. Tindakan dia tu bertentangan dengan nilai-nilai yang kita pegang. Pulak tu, tak selari langsung dengan apa yang dia duk cakap.

Contoh, kita dah nampak bunga-bunga dia baran misalnya. Lepas kawen, baran dia tu akan double atau senang cerita berganda yang kita nak kena hadap lepas kahwin. Sanggup ke? Yang aku ni dah start rasa macam.. Tak sedap hati, tapi tetappppppppp jugak nak bersangka baik. Padahal Allah dah bagi pengajaran dari hubungan yang lepas. Dah nama manusia. Memanjang lupa and kena selalu kena peringat. Jadi Allah datangkan lagi ujian nak bagi ingat and jangan duk galok sangat aihhh.

After so many incidents, and istikharah, aku doa, "Ya Allah, kau tunjukkanlah aku perkara yang aku tak nampak so that I can make decisions".

Ya anak-anak, itu jam Allah tunjuk. Itu jam juga aku blah. The thing is, aku indebted towards Allah sejak aku lahir. Allah selalu selamatkan aku yang tak cerdik ni. Tak apa aku hilang orang. Jangan Allah palingkan muka Dia tak sudi lagi nak dengar doa aku. Dahlah hina. Tak cerdik pulak. Thank you Allah. Sayangg Allah.

Bottom line is, before kahwin, kena ada ilmu dulu. Kena study dulu latar belakang pasangan dan keluarga dia. Kena belajar set boundaries supaya dia tak take kita for granted. Jangan tolerate semua benda, tak apa semua benda. Jadi macam aku la dulu. Semua takpe, semua okay. 

Penyudahnyaaaaaa

Kalau tak boleh pergi dengan pasangan yang merokok, sebolehnya janganlah tolerate. Kalau nampak sisi tak bertanggungjawab, usahakanlah untuk tak diteruskan ke perkahwinan. Dapat yang kalau bergaduh pakej sekali mencarut dan maki kita, itu lagi lah red flags terbesar beserta cop mohor diraja lagi. Blah. Serious blah angkat kaki. Marah kita ni, macamkan kita ni buat dosa besar merompak harta dia 100 juta. Puihh la.

Itu baru sikit red flags tu. Belum lagi kalau kau dapat detect dia tu ada narcisstic traits. Senang cite dia Narcissist. Itu lagi sial I tell you (bak kata orang kampung). 

Allah boleh ganti dengan yang jauh lebih baik. Mudah sangat bagi Allah. Tak mati aih kalau lambat kahwin. Tapi semestinya mati kalau kita hilang Allah. 

Comments

Popular posts from this blog

Errr.. Hi.