Errr.. Hi.

Bapakkk.

Setahun abad aku tak menulis. Yang beno nya aku decide nak tutup je blog ni. Tetiba rasa nak menulis pulak setelah aku baca blog Kak Di. Tup-tup, Google tak matikan pun blog aku ni. Duk ada elok je bila aku nak create blog.

Anyway, pandemik Covid 19 hit for two (2) years already. Dari 2019. Kalau tak salah ingatan aku, 15 March 2019 Kerajaan dah keluarkan arahan untuk tempoh lockdown. Mula-mula 2 minggu, then tambah lagi 2 minggu, penyudahnya, 2 tahun. (Berbanyak2 tahniah)

Perrghhhhhhh

Aku duk scroll entry aku yang lama, aku start blogging tahun 2011. Kalau ikut logik masa, anak aku dah empat now. Huahuahua. So far alhamdulillah takde lagi. Kau jangan tanya la kenapa aku cakap Alhamdulillah. Setiap apa yang Allah bagi dan tak bagi, tetap aje Alhamdulillah sebab Dia lagi tahu. 

Tak sangka jauh juga perjalanan yang aku dah tempuh. Macam-macam ujian duk lalu, macam-macam nikmat duk dapat. Dan banyak juga lesson learnt yang aku terima. Hilang kawan, lost of loved ones (love ke? Puih), sakit, emotional breakdowns and whatnots, pertambahan keluarga (Man, Kakngah and Bangsan dah kahwin), anak-anak buah yang comel dan bijak (bijak lagi aku kekdahnya) dan macam-macam lagi lah.

Ya Allahhhh, gila happy dapat menulis semula. Menulis ni memang passion aku sejak kecik. Masa kecik-kecik dulu buat novel mini pasal Sailormoon siap bukak quotation sebutharga novel dekat sekolah (Dragonball termasuk dalam senarai. Huahua). Aku ingat lagi yang nak beli time tu Khairuddin. Gila babeng aku ingat nama dia. Even muka dia dengan rambut kerinting dia tu aku ingat. Good guy though. Masalahnya, aku ambik order je. Novel tu tak siap kekdahnyaaaa haha. Duit dah ambik kalau tak silap aku. Ya Allah mana aku nak cari kau pulak Khairuddin???? Huhu

Dah lama sangat aku tinggalkan penulisan. Walaupun aku sibuk (sibuk nau ke kauuu), aku akan cuba untuk start menulis semula sebab, ehhhh sukahati aku laaaa. Hahaha

Okay chow sin chii. Xinnian Kuai Le (kau jangan merepek syaitorn) 


Comments

Popular posts from this blog

Jumaat