Cerita orang sebagai remedi.

Dekat 2 abad aku tak update blog. Busy giler mengalahkan Obama. Anyway, aku nak share satu cerita benar untuk renungan kita bersama, and yes, ambil lah pengajaran dan iktibar dari cerita dibawah. Entry ni panjang, followers setia blog aku, tolong baca sampai habis.


Sumber : Buku Belailah kalbu.
Author : Dr HM Tuah Iskandar.

Tiap manusia diuji dengan cara yang berbeza. Mungkin dia sempurna dari segi rupa tapi hubungan selalu berantakan. Mungkin dia pandai dalam pelajaran tapi bab agama gagal. Mungkin dia kaya harta tapi jiwa kosong disebabkan tak berkat. Kita akan selamanya fikir yang masalah kita lah yang lebih berat, kita lah yang paling teruk diuji selagi kita tak tau yang orang lain ada yang lebih teruk ujian nya yang Allah bagi. Untuk tau samada ujian yang kita lalui tu teruk benar, kita tak boleh bandingkan dengan orang yang lebih elok kedudukan dia dgn kita tapi kita kena bandingkan dgn org yang jauh lagi teruk nasibnya dari kita. Within this time aku akan buat entry tentang kisah2 benar yang aku baca untuk kita sama2 jadikan teladan dan iktibar. Sekali lagi, ambil pengajaran. Dgn mbaca cerita orang lain kita akan sedar bahawa cerita kita tak seberapa. Setelah mendengar, baru kita tau masalah kita tidaklah sebesar mana.

Saya adalah seorang wanita mangsa kecurangan suami. Suami beralih arah kepada kawan saya sendiri. Saya ditinggalkan begitu sahaja terkapai-kapai. Mmglah dibandingkan saya dgn wanita tersebut, dia lebih cantik dan lebih pandai bergaya bbanding saya. Apakah itu sebabnya yang mbuatkan suami saya terlupa mbuat pertimbangan yang adil? Tidak tahulah saya tapi dalam perkelahian kami, dia selalu menyebut muka saya macam b***. Dia sudah terlalu loya dgn saya. sampai hatinya, padahal dulu dialah yang tergila2 kan saya.

Sewaktu bercinta, dia sebut wajah saya bagaikan bulan yang dirindui siang malam. Saya sangka dia jujur meluahkan isi hatinya. Tapi, apabila keadaan jadi begini, barulah saya sedar yang diri ini dah jadi mangsa manusia yang suka tanam tebu di bibir mulut. Saya benar2 sedih dan terkilan dengan apa yang terjadi. Dr Tuah, tolonglah ceritakan kisah rumah tangga orang yang diceraikan. Mungkin dengan cerita tersebut saya akan mendapat kelegaan. Sekurang2 nya baru saya tahu ada orang lebih dasyat pengalaman hidupnya dari saya.

Jawapan:

Mmg betul tu, apabila kita mbaca kisah orang lain, kita akan dapati kisah kita tidak apa2, belum apa2. Ramai antara kita menyangka kalau yang bernama susah itu, dialah yang paling susah hidupnya. Kalau derita, dialah yang paling derita. Sehinggalah diceritakan kisah yang lbh menyayat hati, dia akan akui bahawa kisahnya belum apa2. Kalaupun kisah yang diceritakan itu tidaklah sehebat mana, sekurang2 nya dia tahu sekarang ini dia bukanlah keseorangan. Ramai orang mendapat kelegaan kalaupun tidak penyembuhan dengan cara ini. Oleh kerana itulah support group itu penting bagi orang yang mhadapi masalah serupa. Misalnya mereka yang mhidap kanser apabila mbentuk spport group dikalangan mereka sendiri, akhirnya mendapat kekuatan untuk menempuh hidup dgn lebih yakin. 

Sebagai memenuhi permintaan anda, berikut ini saya turunkan sebuah kisah benar. Moga2 menjadi iktibar dan kekuatan buat anda dan semua yang membacanya. 

Saya seorang ibu tunggal dan mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun. Sudah hampir 3 tahun saya menjanda kerana dijandakan. Saya bekerja di salah sebuah jabatan kerajaan. Cerita saya begini:

Walaupun pkahwinan kami atas pilihan sendiri ttp direstui keluarga. Dinikah dan disandingkan dalam satu majlis yang cukup meriah bersaksikan kaum keluarga. Gembiranya hati kerana jejaka yang saya cintai selama setahun kini telah sah menjadi suami. Maka berjanjilah kami sebagaimanan suami isteri yang lain. Susah senang, sakit pening akan kami lalui dgn cekal dan sabar.

Pada awal pkahwinan, semua masalah kami tempuh bersama, tak kira kecil atau besar. Kehidupan kami dihiasi dengan tawa riang. Kebahagiaan rumah tangga kami semakin manis apabila dikurniakan seorang anak perempuan yang comel. Betullah kata orang, anak penambat kasih. Kami berjanji dan berazam untuk mendidik Ikin menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat. Kami mencurahkan Ikin dengan kasih sayang sepanjang hari, dialah permata, dialah nyawa. Tanyalah siapa pun, semua orang mahukan kebahagiaan yang berkekalan, namun kita hanya mampu merancang tetapi ALLAH jua yang menentukan. Walaupun begitu, saya tidak berniat menyalahkan takdir.

Semua ini bermula apabila suami saya dinaikkan pangkat dan ditukarkan btugas di utara tanah air. Apakan daya, saya btugas di Jabatan yang payah utk mminta tukar, tambahan pula jabatan saya amat terhad perkhidmatanya. Setelah bbincang, akhirnya dgn ikhlas saya merelakan suami pergi seorang ke tempat kerja barunya. Sunyinya hidup apabila bsendirian di rumah. Maklumlah, kalau dulu makan malam bersama, bergurau dan ketawa tapi kini tidak lagi. Namun begitu, saya bersyukur kerana masih ada Ikin. Dalam sebulan, suami akan pulang 2 mggu sekali dan kadang2 tiap2 bulan. Hari Jumaat suami balik ke rumah dan malam ahad suami kembali ke tempat kerjanya. Begitulah jadual baru yang tpaksa dilalui suami. Bulan demi bulan, suami tidak pernah tidak pulang, malah saban hari menelefon, bertanya khabar.

Kata orang, anak sungai lagikan berubah, ini kan pula kita manusia. Tidak pernah langsung terduga yang saya terpaksa melalui dugaan ini. Bulan itu, suami tidak pulang setiap mggu seprti mana sebelum ini. Menurut suami, banyak kerja. Lagipun balik tiap2 bulan menjadikan jumlah perbelanjaan kami meningkat. Tak apalah, balik 2 mggu sekali pun apa salahnya, lagipun suami akan menelefon setiap hari. Bulan berikutnya, perubahan berlaku lagi. Kalau dulu baliknya 2 mggu sekali tetapi sekarang, sebulan sekali. Alasan yang diberi, terlalu banyak kerja. Nak buat mcmn, suami sudah dinaikkan pangkat. Lagipun suami saya bukan milik saya seorang, dia juga menjadi milik masyarakat dan ketuanya.

Seiring waktu berlalu, perubahan berlaku lagi. Kalau dulu suami menelefon saya setiap hari tapi kini dua hari sekali, kemudian 3 hari sekali, kemudian lima kali sehari dan akhirnya dia hanya akan menelefon apabila berkelapangan. Alasan yang diberi masih sama, terlalu sibuk. Berkata2 juga hati kecil ini, takkan malam pun sibuk juga tetapi demi memujuk perasaan, saya tidak menaruh syak wasangka. Lagipun takkanlah dia sanggup mengkhianati saya. Semua perubahan ini saya lalui selama hampir 2 tahun. Benarlah kata orang, kalau serumah boleh bmesra, selang serumah bertanya khabar tetapi kalau tidak tinggal serumah, maka hilang dimata, hilanglah dihati. 

Bulan itu suami menelefon mberitahu yang dia tidak dapat balik kerana kerja yang terlalu banyak. Entahlah, kerana saya ni bodoh ke atau terlalu percayakan suami, tetapi apa sahaja kata2 suami, saya mepercayainya 100%. Masuk tahun ke-2, dua bulan suami tidak balik dgn alasan bekerja di luar daerah. Janjinya, apabila semua urusan selesai, dia akan ambil cuti panjang. Dan, saya masih terus mpercayainya. Tinggallah saya dan Ikin berdua meneruskan kehidupan di rumah yang semakin suram dan jauh drpd kasih sayang seorang lelaki. Tak apalah, apabila suami balik cuti nanti bolehlah bbincang. Kalau sudah tpaksa nak buat mcmn.

Namun apa yang saya rancang rupa2nya tidak menjadi. Dalam tempoh suami bekerja diluar daerah, saya menerima surat yang tidak disangka sama sekali isi kandunganya. Dengan kata maaf yang teramat, minta halal segalanya berserta pesanan agar jagalah Ikin baik2, saya diceraikan dengan talak satu. Gelap dunia saya rasakan, bumi bgegar dan langit runtuh menimpa kepala saya. Apalah dosa saya dan Ikin sehingga suami sanggup berbuat begitu? Kenapalah begitu mudah dia melafazkan pkataan yang terlalu digeruni oleh semua para isteri itu?

Saya menangis semahu2 nya. Ikin saya peluk kemas dan anak kecil itu hanya mampu memandang, tanpa mengerti apa2. Patutlah dalam seminggu dua ini, dada saya bdebar sahaja. Rupa2 nya ini bencana hidup yang menimpa. Saya cuba menelefon suami tetapi tidak bjawab walaupun telah mencuba beeberapa kali. Saya masih cuba menyelamatkan rumah tangga yang kami bina atas dasar cinta sama cinta. Saya nak tahu, apa salah besar yang telah saya lakukan sedangkan sejak bjauhan kerana tugas, saya tidak pernah terlintas mencari hiburan diluar apatah lagi menduakanya. Habis sahaja kerja, saya terus balik kerana Ikin perlu diambil dari rumah pengasuhnya.

Tidak berputus asa, saya mencuba lagi tetapi tetap hampa. Dan setelah mendapat nasihat seorang kawan yang simpati, berita ini saya sampaikan kepada ayah dan ibu. Lalu perancangan kami atur untuk ke negeri di mana dia bertugas. Terkejut suami melihat kami sekeluarga datang ke tempat kerjanya. Perbincangan kami adakan. Ayah dan ibu terpaksa masuk campur kerana hendak mengetahui apa sebenarnya yang terjadi. Suami seorang yang tenang, atau mungkin dia telah ditenangkan, begitu bersahaja dia menghadapi serangan soalan darpada ayah dan ibu. 

Walaupun dirayu dan dipujuk, kalaupun tidak kerana saya, tetapi fikirkanlah masa depan Ikin. Tetapi suami tetap dengan keputusanya. Cerai talak satu tetap menjadi hadiah kepada saya, seorang wanita bernama isteri yang selama ini begitu setia dan menyayanginya. 

" Tak apalah, mak. Jangan takut, anak dan cucu mak ayah ini tak akan mati sebab ditinggalkan oleh seorang lelaki. Lagipun kalau tak bercerai hidup, kita akan bercerai mati." 

Walaupun mulut berkata tetapi didalam hati hanya TUHAN yang tahu. Dari mulut suami saya sendiri, dia memaklumkan yang dia sudah mendirikan rumah tangga dengan orang tempatan yang bekerja tidak jauh dari tempat dia bekerja. Saya mahu bertanya dan mengenali siapa perampas kejam itu, yang membunuh kasih sayang seorang ayah yang terlalu menyayangi anaknya. Sehingga ke hari ini, saya masih sedih dan kecewa. Kenapa suami tergamak berbuat begitu? Tidakkah dia kasihan melihat Ikin yang semakin mbesar dan dalam usia sebegini sudah tidak berbapa?

Surat cerai talak satu yang dikirimkan, saya simpan kemas2. Inilah bukti kedurjanaan seorang lelaki yang dahulu beria2 melafaz janji akan susah-senang bersama ke akhir hayat. Di mana segala2 nya? Kalaupun sudah benci atau semakin tawar kasih sayangnya terhadap saya, takkan tak boleh balik untuk btentang mata. Jijik sangatkah saya ini? Walau apa pun alasanya, perasaan saya sudah semakin tawar terhadap lelaki. Perasaan benci saya kepada lelaki hangat membara. Sampai ke hari ini, saya masih mencari jawapan kepada surat cerai yang dikirimkan kepada saya, kenapa saya diperlakukan sedemikian rupa?

Saya kini benar2 mbenci semua kaum lelaki. Untuk menuntut ketenangan, saya beranikan diri bercerita ini kepada anda yang tentunya juga ramai lelaki. Lelaki kadang2 menghiburkan tetapi ada kala tidak ubah bagai pembunuh, membunuh perasaan orang tanpa rasa perikemanusiaan!

P/s: Masalah korang berat lagi?

Comments

  1. sungguh berat dugaan yang menimpa wanita2 kat atas ni...semoga diberi kekuatan :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Errr.. Hi.

Jumaat