1 entry, 2 isi.

Ramai manusia leka tak sembahyang sekarang. Ada dua sebab untuk dapat keberkatan hidup, satu, jalankan tggjwb yang wajib. Dua, baik dengan mak ayah. Redha Allah terletak pada redha mak ayah. Mak ayah redha, dapatlah berkat tu. Masa aku baca artikel ttg berkat hidup ni dlm buku Dr Tuah, meremang tengkuk aku baca statement dia. Manusia yang paling tak senonoh adalah manusia yang bergaduh dgn mak bapak. 


Aku petik satu cerita benar dalam buku Dr Tuah yang aku baca, ada sorang lelaki, dah berkeluarga, dan dia ni mmg berjaya dalam hidup. 
Kekayaan dia tu terlebih dr cukup untuk dia dan keluarga dia makan sorang. Tapi menurut kata dia, dia rasa tak gembira langsung. Balik rumah pun tak gembira. Kata dia semuanya serba tak kena. Padahal semuanya serba serbi cukup, dia takde masalah dgn isteri dia, isteri dia cantik pulak. Selidik punya selidik, rupanya dia tak ikhlas dgn mak ayah dia. Reason, dia rasa terbeban bagi duit bulan2 dkt mak ayah nya. Nampak? Hanya disebabkan rasa tak ikhlas tu, terus allah cabut berkat hidup tu dari dia. Hidup takde berkat nie sakit tau. Maksud aku jiwa kita sakit. Rasa tak sedap.. Resah gelisah memanjang. 

Pada sape yang masih ada rasa marah, tak ikhlas dgn mak ayah, sila pergi mintak maaf sekarang. Lepas aku baca artikel Dr Tuah tu, aku terus mintak maaf dkt mak ayah aku. Ayah aku reply gini, " Okay cool! 0-0! " Apa sekali pun dosa atau salah mak ayah kita, itu urusan mereka dgn tuhan, urusan kita, TAAT. 

Yang kedua, solat. Solat mmg susah nak dijaga kalau sedari kecik mak ayah tak lentur dgn elok. Solat paling ringan manusia nak tinggal subuh dgn Isya. Aku bagi contoh, sarkastik dan sinikal. Tepat dkt jantung. Sila baca dialog di bawah.

(Knock2. Ketukan di pintu rumah Encik X, seorang muslim yang leka.) 

Malaikat Malik: Assalamualaikum Saudara. Saya malaikat Malik, utusan yang agung, Allah azzawajalla. Kami dari pihak yang agung ingin membuat pemotongan oksigen memandangkan seumur hayat Encik, Encik tak sembahyang. Kami sudah beri notis pada Encik melalui kematian anak Encik, supaya Encik sedar yang kematian boleh datang begitu shj tapi memandangkan Encik mengabaikan notis tersebut, kami terpaksa memotong bekalan oksigen Encik.

Encik X : Hahhh!?

Apa kau nak jawab? Jawablah.

Comments

  1. Ummmuuuuuuu!!! Terima kasih sbb buat entry ni. =)))) Aku sayang ko!

    ReplyDelete
  2. scary nye bile kita leka..mati itu pasti..mudah-mudahan tak mati dlm keadaan leka..insyallah:)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Errr.. Hi.

Jumaat