Besi Berani.

Pagi.
Kolam air panas bahagian wanita.
Baru nak cecah kaki.
Satu family cina datang.
Malangnya suami dia pun ikut sekali masuk di bahagian wanita.
Let me tell you, org tgh tukar baju. tak pakai tudung.
Bahagian lelaki disediakan disebelah tempat wanita dihadang dgn pendinding.

"Hi , I'm very sorry to interrupt you, Uncle, tmpt lelaki belah sana. Sini tempat perempuan uncle…"
"Kami tak buat ape, kami makan saja.." (wife sounds annoyed)
"I'm verry sorry uncle, bukan ape, org perempuan mau mandi, buka baju, you nampak, takda baiklah uncle…"
"aiyahhhhh.. Sorry2.. Banyak sorry haaa..sorry.." (tersenyum malu tapi manis)
"takpe uncle. Thanks uncle." (aku senyum jugak)

Aku berperang dgn diri sendiri sebelum nak berterus-terang.
Berterus-terang perlu berani.
Aku tidak seberani itu.
Tapi.. Ada satu semangat menolak aku.
Keberanian itu kalau tidak didatangkan dari Allah, aku akui, aku akan berdiam diri.
Syukur. Keberanian itu pun satu nikmat.
Jadi aku pun meluahkan sesopan mungkin supaya tidak menyinggung perasaan family cina tu.

**Aku terus blah. Tak jadi mandi kolam air panas.
Mood lari. 

Comments

Popular posts from this blog

Errr.. Hi.

Jumaat