Jemputan Bahagia dari Allah Rabbuljalil

 Assalamualaikum.

Tau-tau je dah Februari. Umur pun meningkat setahun. Lemah betul rasa. Haha. 

Aku baru balik umrah 24 December itu hari. Went there for 12 days. Tak sangka dapat jemputan juga akhirnya. Punya lama berdoa dan berharap dapat jejak ke Tanah Suci, akhirnya, Allah jemput.. Aku pergi dengan close friend zaman sekolah dulu dua orang (F & D) and adik aku. Pergi mid Dec gitulah. Banyak dugaan sebelum nak pergi. Tapi bila dah dekat sana Alhamdulillah urusan ibadah dan lain-lain smooth sailing. Kitaorg touch down Madinah dulu for 5 days. Another 5 days di Makkah. 1 Night di Jeddah. Took 7 hours travel from KL to Madinah. Tak terasa lama sebab most of the time I slept like a log! Lepas makan, sembang, zikir, ngaji, doa, then tidur sepanjang travel. Tau-tau dah nak sampai bila dapat announcement from cockpit.

Ya Allah taktau nak describe macamana perasaan masa dekat Madinah. Sangat seronok. Happy. Senyum sampai ke telinga. Vibe positifffff je. F cakap, aku rasa lebih dari 3x dia ulang yang aku nampak sangat-sangat happy dan glowing dekat Tanah Suci. Aku pun tak perasan sebenarnya. Tapi sebab close friend aku masa law school pun cakap benda yang sama bila aku share gambar, I have to admit, aku memang happy

Madinah sejuk woiiiiiiii. Masa aku sampai 14 c'. Masa kitaorg touchdown Malaysia, Madinah dah 10 c'. Sekarang aku duk baca dekat soc med suhu dah 8 c'. Gilaaaa. Aku hari pertama dah tak sihat. Solat pakai glove. Alahai... aku memang tak tahan sejuk. Memang akan selsema. And memang aku bawak tisu muka satu plastik. Sampai luka lah hidung aku adudududu. Dugaan. Tapi tetap tak patahkan semangat aku untuk beribadah. Rutin dekat Madinah, bangun pukul 3 pagi and berjalan kaki ke Masjid untuk iktikaf (solat sunat, ngaji, zikir, berdoa, etc. etc.) sementara tunggu masuk waktu Subuh. Jarak hotel ke Masjid Nabawi 50 meter je. Subuh pukul 5 camtu. Since musim sejuk, waktu siang pendek sikit. Pukul 5 p.m. dah Maghrib. Pukul 7 p.m. dah Isya. Jadi waktu solat rapat-rapat. Memang duk Masjid je iktikaf. Balik hotel kejap hanya untuk makan. Selain nya memang fokus ibadah di Masjid Nabawi. Dah habis isya, solat sunat segala, barulah balik hotel.

Memang penat. Tapi penat yang menggembirakan. Selama ni dengan urusan dunia je, kali ni dapat fokus ibadah pulak. Tenang nyaaaa Madinah. Taktau nak kabo la. Best gilaaaaa.

Okay.. sambung nanti.. ngeh ngeh.. 😏


Comments

Popular posts from this blog

Errr.. Hi.

Jumaat