Yang elok pada pandangan kita, tak semestinya elok untuk kita.

Kita selalu fikir yang hidup dekat luar negara tu best sangat. Suasananya indah sangat. Keadaanya pun best sgt. Aku sendiri tak nafi kan sbb aku sendiri pikir benda yang serupa. Yelah selalu kita tgk dkt dlm tv tempat2 dekat luar negara ni mmg cantik2 tempatnya. Dan selalunya tempat2 diaorang ni jauh lebih bersih dan indah dr tempat kita ye dak? Kalau kita tgk gunung yang ada salji tu, bukan main cantik lagi. Korang pun fikir mcm tu? Selalu terbayang dapat spent ms dgn org tsayang dekat negara2 mcm tu? Usoh tipu, aku pun mcm tu.. =)

Tanpa menafikan mmg indah best seronok segala bagai, ada satu kisah benar yang nak aku kongsi kan satu keadaan yang benar2 terjadi apa yang dikatakan dan selalu digambarkan oleh kebanyakan kita sebagai untung sgt orang yang tiggal di negara bersalji Mmglah untung, tapi ruginya ttp ada. Salji adalah satu keadaan menarik untuk dinikmati tapi boleh jugak jadi suasana yang sgt membahayakan dan mencekik jiwa. Kisah benar ni berlaku dekat Nevada, AS.

Dalam musim salji, perjalanan dari California ke Idaho akan melalui kawasan gunung yang tebal dgn salji. Mmg cantik tapi kalau salji turun tak bhenti, jalan raya akan tertutup spenuhnya. Bukan sikit2 punya tebal, kadang2 boleh cecah smpai 5 kaki. Jadi dalam suasana macam tu adalah satu pasangan muda, baru ada anak tak smpai setahun, nak pergi California ke Idaho dan tentunya akan melalui kawasan gunung yang tebal dgn salji tu. Jarak perjalanan kira-kira 500 km. Pasangan ni bernama Jim dan Jennifer dari keluarga Stolpa. Sebelum bertolak, mereka cuba hubungi ahli keluarga tapi tak dapat. Ghairah nak pergi, diorang pergi jugak walaupun tau waktu tu musim salji dan tak mustahil keadaan akan jadi bertambah buruk mcm yang selalu jadi.

Pengantin baru lah plk, makin jauh berjalan mesti lah seronok kan dpt spentime dgn pasangan dlm pjalanan yang jauh. Jadi diaorang ni pun bertolaklah. Jim drive while his wife Jennifer sitting beside him. Anak diaorang pulak ada dekat belakang. Bila dah nak dkt smpai dkt Nevada, salji turum makin lebat. Dengar jugak pengumuman ttg salji dekat radio tapi apa yang diberitakan di radio kadang2 tak sama dengan apa yang sebenarnya berlaku. Bila salji semakin lebat, jim mula risau tapi memandangkan perjalanan telah beberapa jam diredahi, dia teruskan jugak. Suasana pada hari tu tak berpihak pada diaorang. Salji terus turun dengan lebatnya. Pandangan jadi singkat dan perjalanan jip kian tak lancar. Semakin jauh, salji jadi semakin tebal sampai akhirnya jalan raya ghaib, dah xnampak dah dari pandangan Jim dgn Jennifer ni tadi. Semuanya jadi putih.

Diaorang teruskan jgk perjalanan, hingga akhirnya jip tu dah tak boleh bergerak lagi sbb salji yang tebal, kira-kira 2 kaki. Tak ada pilihan, ketiga beranak tu tunggulah dalam jip, mharap kot2 adalah kenderaan lain lalu dan dapatlah diaorang mintak tolong. Unfortunately, tak ada satu pun kereta yang lalu, yelah memandangkan dgn cuaca gitu mmg takde orang yang keluar sejauh itu. Percaya atau tak, diorang tiga beranak terperangkapt dalam jip selama 4 hari. Nasib baik bekalan pun banyak. Bolehlan bertahan tapi setelah empat hari makanan pun dah nak mula habis. Kalau keadaan tak berubah sehari dua lagi, diorang akan mati kebuluran.

Jim pun cadangkan pada isteri dia, agar mereka keluar dari kereta dan cuba berjalan ke bandar paling hampir. Berapa jauh? Kira-kira 20km gitu. Tak ke jauh tu? Mulanya Jennifer taknak sbb nak menempuh salji tebal bukan senang. Tambah pulak bawak baby. Tapi cadangan Jim ada benarnya. Kalau diaorang tak keluar dari situ dan cuba menyelamatkan diri sementara tenaga masih ada dan makanan ada lagi sikit2, kalau nanti makanan habis baru nak keluar berjalan tentu lebih mustahil. Akhirnya Jennifer terpaksa bersetuju. Mereka pun keluar dari jip. Pakai baju setebal-tebalnya, bungkus baby dalam sleeping bag dengan zip penuh dan mula berjalan.

Waktu tu diaorang baru kira-kira 50 km dari California. Kalau berpatah balik tentulah lebih sulit dari meneruskan, sbb dihadapan ada kira-kira 20 km lagi untuk bandar yang terhampir. Selamat ke? Mampu ke berjalan dalam salji sejauh 20 km tanpa pakaian yang betul? Dan persoalan yang lebih berat, boleh ke baby tu bertahan? Orang dewasa mungkin tak gaduh, tapi baby boleh ke bertahan? 

To be Continued.. 

*Sumber : Buku Fikir fikirlah - Dr HM Tuah Iskandar.

Comments

  1. hek eleh ko..cite le smpai hbs..wat suspen plak.

    ReplyDelete
  2. haha cite dia panjang. ce sabo huhu =)


    -Lady gaga- haha

    ReplyDelete
  3. gila scary lady gaga bg comment. giloww. haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Errr.. Hi.

Jumaat