Ar-Rahman

Waktu kecik, aku tak pernah diraikan. Jadi bila birthday aku yang ke.. (Tak ingat. Zaman Menengah dah time ni), aku menangis. Sebab satu, malu nak mampus, sebab tak biasa. Dua, sebab aku dapat benda yang aku nak. Aku dapat benda yang aku nak tu pun bukan aku kabo ke orang. Aku cuma monolog dalam hati. Tau-tau dapat.

Aku dapat hadiah walkman dari Makngah Pakngah dan wallet warna biru dgn cash RM50 from Wan. RM50 untuk budak sekolah adalah satu nilai yang besar waktu tu. Wallet tu cantik sangat. Aku punya menangis masa dapat tu, aku rasa baik aku jatuh pengsan jelah. Malu gilaaa. Aku tak sangka dapat walkman sebab walkman waktu tu is a luxury item dan mahal.

Point?

Point nya... Allah Maha Baik. Tu je point nya.

Bukan sebab Dia bagi apa aku nak. Entahlah. Aku tak reti nak describe. Aku cuma rasa, up until this point, Allah banyak kali selamatkan aku dari kecelakaan yang dibuat oleh tangan sendiri. Walaupun waktu tu, aku pertikai, kenapa, kenapa, kenapa. Aku tak faham how Allah's work. Tapi bila dah faham, through a lot of muhasabah, tengok salah diri sendiri, baru aku faham kenapa certain benda jadi dkt aku.

Kalau tak muhasabah, memang tak nampak salah sendiri.

Dia nampak bodoh sombong.

Comments

Popular posts from this blog

Errr.. Hi.

Jumaat