Rejection

Aku dah makan bulan suka sorang mamat ni. Mula-mula tengok dah suka. Dan lama-lama perasaan tu develop jadi sayang. (Agak geli jugak)

Suka dalam diam jelah. Malehnya nak explain moment-moment yang jadi sepanjang tempoh aku suka dia. Maleh nak explain sebab it does not workout. Huhu. 

Kisahnya sebab aku confess melalui orang tengah Selasa hari tu. Been rejected straight up without hesitation and the conversation just ended there without further clarification whatsoever.

IT SUCKS. BIG TIME.

Orang tengah ni kita namakan dia Roti jela. Aku cakap dekat dia, aku taknak tau details, I just want to know Yes or No. 

The answer is No.

Itu je aku nak tau. Reason being is that sebab dia prefer orang yang bawah umur dari dia. I'm 4 years older than him. 

Time tu dekat office. Aku chill lagi. Balik rumah baru rasa a huge wave of shame, nangis semua ada. Perasaan tu rasa, eh baik aku rendam je diri aku dalam air sabun, just to wash off the shame. Muahaha. 

Then malam tadi lalu live sorang Tiktoker ni cerita pasal topik Pergi. Aku mintak comfort words dari dia pasal aku confess tula. Then dia cakap, kita confess ni tujuan dia untuk berdamai dengan diri sendiri. Dan bila kita luahkan perasaan kita, kita kena bersedia dengan apa sahaja jawapan yang dia bagi. Jawapan Ya bukan jawapan tunggal. Sebab, Tidak pun ialah jawapan.

Dia further cakap berkenaan redha in a different question bahawa redha ni kita tak boleh macam go with the flow. Dia kena ada ketetapan. Dia kena macam, okay saat ni aku nak redha. Dan lepas tu kita laluilah proses-proses redha tu. 

Macam tulah..

Awalnya tak pernah aku berniat nak luahkan. Aku cuma nak suka dalam diam and wait for miracles to happen. Haha. Tapi after a few encouragement from my sister, aku decide nak luah. Tapi bukan luah buta-buta. Aku buat Istikharah dulu. Aku minta Allah bagi petunjuk yang jelas supaya aku boleh buat decision

Aku ingatkan petunjuk tu akan dapat sebelum aku confess tapi jawapan tu aku dapat lepas aku confess dengan begitu clear macam kristal, sebegitu sekejapan dan takde further questions after that, dan soalan tu tak penting langsung aku boleh cakap sebab dia mati gitu je seperti angin bertiup dan berlalu pergi, the end, goodbye

Tu yang rasa macam ya Allah..........

It sucks. But atleast aku tak buang masa pasang angan-angan.

I can move on past this.

Cumanya at the moment, cara mudah nak move on is by hating him. Senang. Bukan sebab dia tak terima. Cuma nak percepatkan proses move on tu je. Hahaha. Macam, cari point benda yang kau tak suka pasal dia supaya proses moving on tu mudah. Contoh, alah, dia pendek, tak rugi apa haihhh. Contohlaaaa.

Hahaha.

Sakit tapi its part of the process. Thank you Allah for everything. And I mean everything.. :')

Comments

Popular posts from this blog

Errr.. Hi.

Jumaat