Pergi

Dah sebulan arwah Kamal meninggal. Dekat sebulan juga dia koma lepas dia collapse hari tu. Aku duk ulang alik ke Klang untuk cater anak-anak Kakngah and also from time to time pergi hospital jaga Kamal.. Weekend aku sepanjang Kamal koma memanglah di Klang dan hospital. 

Sebegitu sekejapan Allah ambil. Sekiranya Allah berkehendak, kita kena redha dan pulangkan balik apa yang Allah dah pinjamkan. Kakngah tenang dan redha. From day 1 lagi. And doktor pun memang laid put brutal bagitau:


"Puan, suami puan takkan sembuh."

"Puan, jangan berharap apa-apa."

"Puan, prepare for the worse."


We understood.

Kurang dari 5 bulan Abuya pergi, Kamal pulak Allah panggil balik.. Sedih. Sebab aku jenis sayang adik-adik. Walaupun dia adik ipar aku. Aku tetap pandang dia as adik. Dia jaga Kakngah dengan baik. 

Anak-anak masih kecik dan fragile. Eldest 8 years old. Youngest baru 4 months. The eldest, Maira faham Kamal dah takde. Tapi pemahaman dia terhad kepada pemahaman budak umur 8 tahun. Same goes with Harith, 4 years old. Dia tau Baba dia dah takde tapi dia masih tidak mengerti lagi.


"Owh Baba dah meninggalkan dunia ke?"

"Nanti Baba jumpa Jad?"


Jad is my father. Speaking of Jad, beberapa minggu selepas kematian bapak aku, Kamal mimpi arwah. Dia mimpi dia dukung bapak aku. Kemana-mana dia pergi dia dukung. Dia cerita dekat Kakngah. Kakngah bagitau yang Kamal gembira sangat2 mimpi Abuya. Hmm.. so young and so soon.. Tapi syarat mati bukan tua..




Comments

Popular posts from this blog

Errr.. Hi.

Jumaat