What moves me.

Jadi anak sulong dalam keluarga ni bukan setakat bawak harapan diri sendiri, tapi banyak lagi harapan orang lain yang aku pikul atas bahu aku nie. Aku tak bercerita pasal anak sulong yang xambil peduli, tapi aku cerita pasal anak sulong yang kesah dan ambil berat.

Taking up law is not my choice. 5 tahun lepas masa aku dapat offer law instead of art course aku kepanasan mcm cacing dalam tanah. Aku melukis dari kecik lagi jadi passion aku mmg benda yang berkait dengan melukis atau seni. Tetibe dapat law mmg lah mggelabah puyuh. Aku dapat interview untuk art course since semua art course baik seni halus, graphic, photography dan sbginya akan di short listed melalui interview. But I guess I failed my interview and get the other offer instead. Tried everything to change the course tapi mmg allah dah tetapkan law field utnuk aku, aku pun cube untuk strike goal since aku dh ada dlm course nie. Tell me, ape choice yang aku ada? Perambat admin UiTM sbb bg course yang aku xnak? Hanya orang yang pendek akal buat mcm tu dan mmg ada orang mcm tu, jangan pelik.

First sem was the worst. Aku heart broken, I don't have friends who can support, mostly I'm alone and bila time study aku mengasingkan diri sorang2 study dekat surau. I hate it. Tapi aku tetap usaha untuk dapat result yang bagus. Reason nya satu je, xpernah berubah sampai sekarang, keluarga. Aku push diri aku untuk study hanya mengenangkan mak aku, adik2 aku, itu sahaja. Bukan sbb nak kejar harapan aku sangat. The only reason yang boleh buat aku bingkas bangun berhenti dari bermalas2 ialah fikir ttg mak dgn adik2 aku shj. Adik beradik aku 10 orang, aku yang sulong. Falsafahnya nya senang je, if I fail, I fail all of them.

Dan sampai sekarang, bila aku kenang2, aku toleh ke masa yang lepas, dalam masa 5 tahun, dah jauh aku bjalan, mcm2 kenangan yang aku dah lalui, gagal tu perkara biasa, tapi itu semua bukan faktor penyumbang kepada kejatuhan, tapi peledak semangat untuk bangun dan usaha semula. Bukan setakat harapan keluarga sahaja, harapan kawan2 terdekat aku yang mereka ada faith yang aku boleh. Itupun antara sebab2 kenapa aku pikir 18x kali untuk bermalas2.

Sebelum paper Family law hari tu tutor aku, Za, msg, katanya dia mintak maaf sbb dh lama tak contact aku sbb kesibukan dia. Aku faham.. Kalau dah smbung profesional degree mmg lah sibuk.. Mana nak kejar study, mana nak kejar sibuk di firm lagi. Ambik contoh tutor aku ni, dalam pada sibuk masih sempat bertanya kan perkembangan orang lain. Dalam pada sibuk, masih sempat luangkan masa ajar aku subjek yang aku tak faham. Ape tak bagus ke orang kita? Itulah sifat orang2 yang berjaya. Tak boleh disangkal lagi. 


What moves you?

Comments

Popular posts from this blog

Errr.. Hi.

Jumaat