Jane.

Waktu sekolah dulu adalah zaman gelap aku.. Boleh kira lah berapa kali aku rasa gembira. The rest selalunya xbersemangat. Aku dulu budak art, jadi, budak art ni selalunya org xpandanglah kan. Motif org nak pandang? Science mainstream mmg dipuja2 gitu. Jadi aku selalu rasa rendah diri dgn diri sendiri. Aku perlukan support dr kawan aku tp aku xde kawan yang nak menyupport aku nih. Dan aku selalu mharapkan kawan yang baik.. Yang kalau aku sedih, dia ad.. Susah pn dia ada. Tapi aku tak pernah ada kawan macam tu waktu sekolah. Aku ada kawan baik tp sifat2 yang aku harapkan dalam diri kawan aku tu tak ada.. Semuanya macam kera. Heheh.

Aku pernah tanya mak aku, gini le lebih kurang, "ummi, bila boleh kaklong dapat kawan yang baik macam kaklong harapkan tu..mmg xkan ada eh ummi..?" mak aku pn jawab lebih krg gini, "ada kaklong. Allah tak jumpakan je lagi."

Aku selalu bdoa supaya allah temukan cepat aku dgn sahabat yang lama dah aku tunggu. Lepas habis spm, aku dapat tawaran smbg belajar dkt UiTM dlm bidang undang2. Dan aku jumpa dia disitu lah, yang juga sama course dgn aku.. Aku mula baik dgn dia masa part 3 pre law kedah dulu.. Aku rasa senang bila bkawan dgn dia. Mungkin jgk advantage nye aku ni suka buat lawak, jadi org pn mudah senang dgn aku. Naik degree, 2nd sem br aku rapat betul2 dgn kawan aku nie.. Ak mintak dia daftarkan aku sama kelas dgn dia.

Aku xpernah jumpa org macam dia ni.. Ilmu dia luas, mgkin disebabkan buku2 yang dia baca. Mungkin jgk latar belakang keluarganya yang sememangya educated. Perkara2 yang dia bgtau semuanya perkara baru yang aku xpernah tahu.. Banyak benda yang aku belajar dr dia. Drpada seorang yang terlampau menurut menjadi seorang yang berani bsuara. Daripada takut kepada berani.. Daripada kurang tahu lebih berpengatahuan.. From zero to hero .Kalau nak cerita, byk sgt aku belajar dr dia.

Dia mmg gifted. Law ni dlm kepala dia jer. Kalau dia baca sebaris ayat, dia boleh hurai satu karangan. Perumpamaanya gitu lah. Aku selalu kagum dgn kebolehan dia. Sememangya dia dilahirkan dalam bidang law ni. Kawan aku ni jgk seorang yang independent. Sepanjang bkawan dgn dia, dia sentiasa settlekan semua pkara sendiri. Dia banyak bagi nasihat dkt aku, baik dr segi pelajaran ataupn kehidupan. Kalau dia bcerita aku ralit dengar.. Xjemu2 aku dengar dia bcerita.. Dia mmg ada kelebihan dalam bcerita. Aku ingat lagi dia cerita pasal movie 'the taken' dkt aku, time tu kwn aku ni datang bilik aku dkt campus, and time tu rumate aku nak keluar beli makanan, tp xjadi pg beli makanan dulu sbb ralit dgr dia bcerita. Heh. Tapi rumate aku tu buat2 cover kemas katil. Kemas katil ape smpai satu jam? Haha.

Sepanjang tempoh pembelajaran dekat UiTM ni dia adalah salah satu pembakar semangat aku untuk terus berusaha dalam course undang2 ni.. Xtaulah bg org lain, tp bg aku law is a serious business.. Sakitnya belajar law ni boleh gila kalau kt xbetul2 kuat. Tapi dia sentiasa beri aku semangat tanpa pernah jemu.. Sekarang aku dengan dia masih bshabat baik smpai hari nie..

If you're reading this, I owe you big time. To know you is a gift. Tanpa kamu, aku mgkin xsekuat sekarang. Kamu bagi aku harapan yang selalu aku rasa mgkin aku xmampu gapai. Dalam pada org lain xpercayakan aku, kamu bagi harapan masih ada yang peduli, masih ada yang kisah, masih ada yang mengambil berat. Aku mendoakan segala kejayaan mengiringi kamu. Aku doakan segala kebahagiaan pada kamu. Dan yang paling penting aku harap kita boleh terus bkawan smpai nafas terakhir.. Dan aku tak malu nak mengaku aku sayang kamu.. Terima kasih sahabat.. ='))

Note:  tu jer yang boleh aku cerita. Xboleh nak cerita lebih2.
             the rest tu rahsia aku lar.wek! =)

*korang ada kawan mcm tu?


Comments

Popular posts from this blog

Errr.. Hi.

Jumaat