Cerita motivasi pasal tauke.

*Beware of dog. Ini entry panjang dan bermotivasi. (Kalau korang nampak la ape motivasinya.)

Beberapa mggu yg lepas, aku request dkt wan untuk belikan lampu meja untuk bilik aku dkt campus. Susah nak stay up kalau xde lampu meja sbb rumate nak tido, kita bjaga dan perlukan lampu, jd kena lah ttp lampu kan. Anway wan agrees and we went to the nearest kedai lampu.

To make it short, setelah masuk ke kedai yang ke 128, survey punya survey, aku bkenan dgn satu meja study yg boleh attach ke meja since dia ada apit. U know apit? Xtau sudah. So kedai tu owner nya cina. He's the owner, he's also the manager. Setelah itu dia suruh pekerja dia untuk ambikkan model lampu yg aku bkenan tu. Pekerja dia bangladesh tp agak fasih bbhasa melayu.

Setelah hampir 30 minit pekerja dia tu tak turun2, aku pun dh start panas hati, dalam hati pun dah start baling2 kerusi, plus tfikir2 ape yang mbuatkan dia lambat bebenor, dia pun turun dgn sebuah kotak. Bos dia pun dtg tgk dan bukak kotak tersebut. Yes. It was the wrong one. Aku la..... haish..... Tapi yang peliknya, boss dia lgsg xmarah. Xmarah sket pun. Dia cuma cakap gini je, " Aiya salahlah." Owner Cina tu terus naik tgkt atas cari the right model the one I'm asking.

Satu pkara aku nak highlight, pekerja dia buat kerja lambat. Ambik satu model lampu pun makan masa 18 hari. Kedua yang aku nak highlight, dhlah lambat, salah pulak tu. Ikut perkiraan aku lah, kalau bkerja dgn Cina, kau buat kerja lembap mcm tu confirm kena maki. Confirm. Cina kan serius bila bniaga. Lagi2 pekerja dia tu warga asing. Tapi dia rilek je. Tak marah pun pekerja dia malah boleh plk tlg ambikkan sekali lg lampu tu. 

Mula2 aku tak perasan, tapi wan aku cakap macam ni dkt pekerja tu, " Boss u banyak bagus. Tak marah bila lu buat salah. Kalau org lain aa, kena marah oooo." Dan wan aku luahkan pkara yang sama dkt Cina tu, dia cuma kata, " Dia pekerja kita ma. Mesti mau layan dgn baik." Dah lama tu aku fikir, bagus betul Cina ni. Tak pernah plk aku jumpa Cina mcm ni.

Ada satu cerita aku nak share yang ada kena mengena dengan situasi aku tadi yang aku petik dari buku motivasi ' Buat jgn tak buat' Dr Tuah yang aku sayangi tuh. Mcm ni ceritanya..

Satu hari sy didatangi seorang Cina di training centre saya itulah. Dia ni levelnya tauke. Kami pergi minum di restoran bhampiran. Dia tak nak makan nasi, minum air je, saya lah yang makan. Sambil tu bbual-bual. Ada kata-kata yang menarik yang dia sebut yang rasanya baik untuk tauke2 semua. Tak bos pun supervisor. Kata si tauke Cina nie, "Kalau awak pergi jauh2 ada orang pandu kereta ka?" Saya jawab, " Dulu tak ada, saya sendiri pandu. Sekarang tak lagi, program dekat pun ada pemandu yang pandukan kereta."

Dia pun kata, "Baguslah itu macam. Kita jadi tauke ni kena hidup gaya yang betul sebagai tauke." "Kenapa?" tanya saya. "Lu mahu senang satu olang ka?" Terhenti saya menyuap. " Lu fikir, kita tauke pun bangga kalau orang kerja sama kita, dia boleh pakai kereta, beli kereta baru, beli rumah, boleh kahwin, ada family. Kita bangga sbb dia kerja dgn kita standard of living dia naik. Dia senang. Cuba awak bayang, org kerja dgn kita tp hidupnya susah. Lu sbgai tauke lu boleh happy ka?"

Saya diam smbil terus makan. Bukan tak kisah tapi mmg xsangka dia akan ayat saya dgn ayat2 macam tu. "Kita tauke, mesti mahu rasa happy kalau org kerja sama kita dia jadi senang. Lagi banyak kita untung, kita lagi nak bagi dia punya gaji naik. Dia punya bini makan, dia punya anak makan, dia punya emak bapak makan, semua sbb kerja dgn kita. Kita sudah tolong dia maaa..."

Saya kata Cina ni badan aje Cina, tapi hatinya Melayu tulen dan pendirian dia macam falsafah orang Islam. Tauke Melayu pun dan Islam, kadang2 ada yang kedaung. Tak boleh tgk orang senang, sesama tauke nak berantakan, dgn pekerja culas bayar gaji, culas bayar bonus, bayar overtime. Berapa ramai? Memang ramai. Tapi ini tauke Cina dia punya pendirian yang mengalahkan sesetengah tauke Melayu kita, ye tak?

Jadi, motivasi kali ni istimewa untuk para tauke, lakukan tugas anda dgn betul. Kita semua patut malu dgn tauke Cina ni tadi sbb pendirian dia cantik tak menyalahi Islam, bahkan kalau dia Islam aku fikir boleh jadi contoh pada seluruh tauke Melayu dan Islam yang lain. Jom jadi tauke yang tak bhutang satu sen dgn pekerja,  moga2 rezeki semakin bganda2 dan akan semestinya begitu. Tak caya buatlah. Lagi kedaung kamu, lagi sempit rezeki kamu.

Comments

  1. :)
    harap saya boleh jadi orang yang begitu...
    membantu dan membantu...
    insya'allah...
    very good entry(^ _ ^)

    ReplyDelete
  2. Izzati, terima kasih..sy pn nak jadi gitu =) (eh is that you ati?)

    Adil,u've said it all. Cina kalau baik, mmg ngalahkan kita melayu yg islam nie..

    ReplyDelete
  3. kan. kalau tauke melayu. hampeh

    ReplyDelete
  4. kebanyakan nye gitu lah u olls haha kau jgn nak kedaung dgn aku eh mir.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Errr.. Hi.

Jumaat