Middle finger.

Lepas habis kelas jumaat hari tu aku terus bgegas balik tanpa dakwa dakwi lagi. Mcm biase, driver bus yang jemput aku. Student lain pun ramai yang naik bus, kemungkinan nak balik rumah masing2 lah agaknya. Memandangkan ramai orang aku terpaksa lah bdiri.. Dgn beg galas, (galas uh) dan lain2 bag macam balik London pun aku angkut. Kereta pun melambak2 waktu tu, aku pun xfaham smpai sekarang kenapa. Halfway to KL nak bayar tol ada satu bus sekolah bawak rombongan budak sekolah.

Time aku tengah pose bdiri ala statue of liberty mhadap ke luar tingkap smbil tgh syok perhatikan scenery dekat luar tgkap tu, tetibe ada sorang budak perempuan dalam bus yg aku sebutkan td angkat middle finger dekat kenderaan yang lain yang tgh que bayar tol, termasuk lah dekat bus yang aku tgh naik tu sambil tersengih2, semacam pbuatan tu satu bentuk phormatan untuk org lain.

Aku tak taulah ape reason nye budak tu buat macam tu, tapi aku rasa dia ingat dia cool buat macam tu. Aku agak budak tu dlm darjah 5 atau 6 kot.  Nak tanya cket adik sayang, apa yang bangga sgt tunjuk middle finger tu dekat public? Rasa diri bergaya eh? Rasa macam rapper dlm klip video ke? Dik, by pointing ur middle finger without just cause to public doesn't signifies anything. It doesn't even portray u as a cool kid, not even smart. Do u think that's smart? Are you smart by doing such thing? Are you? Oh.. you think you are smart do u? No dear. It shows that u are lack of manners add up with stupidity.

Motivasi ni kalau tak di kaitkan dengan kehidupan bukan motivasi nama nye. Motivasi ni adalah suatu perkara yang bteraskan pengalaman dan teladan. Jadi, ada satu cerita yang aku nak kongsi bkenaan dgn budak2 zaman sekarang. Baca, renung dan kemudian nilailah kebenaranya. Sentiasa ada iktibar di mana2.

Kata org, anak org anak kita, anak kita, anak org. Kalau falsafah ini kita amalkan, maka masyarakat kita akan berada dalam keadaan harmoni, bahagia dan aman. Tapi itu hanyalah kata org dan selalunya kata org tak semuanya betul. Dalam perjalanan ke rumah balik dari kerja, saya akan melalui satu simpang dan ada perhentian bus di situ. Dan orang yang menanti bas adalah terdiri dari pelbagai rupa insan.

Sebaik saja melalui phentian bas itu tpandanglah saya akan beberapa orang anak kita yang melepak di perhentian bas tersebut, mgkin Tingkatan 3 atau 4, lengkap berbaju sekolah lagi, ada lencana sekolah plk tu, bgelak ketawa, gurau senda, riuh bunyinya. Saya bhentikan kereta saya kira-kira 2 meter drpd phentian tersebut, sengaja nak ambik tahu apa yang berlaku seterusnya. Selain dr pelajar2 tersebut ada 2 org perempuan berusia kira-kira 40- an turut berada di situ. 

Anak2 kita yang lengkap bbaju sekolah tu tanpa segan silu merokok. Dahlah merokok, tjerit2 pulak tu, macam di situ takde orang lain, takde rasa malu lgsg. Tak tfikir ke mereka ape org kata? Maka dgn berani dan semangatnya sy pn turun dari kereta, terus mendapatkan mereka. Setelah beri salam, saya dgn ikhlasnya menegurlah pbuatan mereka tu, " Tak baik macam ni, kamu kan anak sekolah, balik sajalah. Makan, solat dan kemudian buat kerja sekolah, kan itu tugas kamu?"

Nampak macam mereka mendengar, alhamdulillah. Ketika saya bjalan ke kereta saya dengar salah seorang drpd anak2 kita tu berkata, " Sudahlah, baliklah. Jaga dan nasihat anak kau sendiri. Entah2 lagi teruk." Bderau darah saya mendengar kata2 dari insan yang sy anggap bagai anak saya sendiri tadi. Kenapalah kurangya santun dalam diri mereka? Tidakkah mereka tahu saya ini lebih tua dan mungkin sebaya dengan ayah mereka? Entahlah... kalau hari ni begini tingkah laku mereka, bagaimana agaknya lima tahun akan datang?



Aku biarkan psoalan tu untuk kamu jawab dan nilai sendiri.

Comments

  1. kan. budak2 tu satu je ubatnyer. pelempang. elok kalau bg kt diorg uols

    ReplyDelete
  2. ish ish . takut kalau pikirkan budak-budak zaman skrg ni ! terok ! mcm2 perangai ade .

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Errr.. Hi.

Jumaat