Tyson menangis.

Bekas juara tinju heavyweight dunia, Mike Tyson menangis ketika berada di Raudhah. Dia anggap dirinya btuah kerana berada di satu drpd taman syurga. 

Kenal tak Mike Tyson? Juara tinjulah. Orang yg paling kuat sekali, tp blh menangis bila sampai di Raudhah. Tyson dh jadi org Islam dah. Dia menangis waktu buat umrah pd tahun 2010. Dia ditemani Ketua Persatuan Dakwah Kanada, Shahzad Muhammad.

Kata Shahzad, Tyson menjadi begitu emosional ketika mengucapkan salam kepada Rasulullah s.a.w. " Dia menangis lebih setengah jam ketika bdiri di depan makam Nabi Muhammad sambil mengangkat tanganya. Tyson terus berada di kwsn Raudhah selama beberapa jam untuk bsolat, mbaca al quran dan berzikir."

Tyson memeluk Islam ketika di penjara selepas didapati bersalah mencabul khormatan seorang model kulit hitam. Ketika berada di Kazakhstan dlm bulan Julai 2010, bekas peninju itu bkata, dia amat takut kepada ALLAH. (Agensi 6 Julai 10). Syukurlah, org kuat dan ganas macam Tyson boleh dapat hidayah, kita tak patut leka. Kita ni siapa nak dibandingkan dengan Mike Tyson? Tumbuk belon pun tak bgerak belon, nak sombong dgn ALLAH.

Moga-moga kita tak dilekakan oleh apa yang kita ada sepanjang usia kita yg bbaki. Malanglah kalau usia yg semakin mmendek, tp kita semakin leka dgn harta benda yang tak sebanyak mana. Baru ada 2 biji kereta, tapi lupa pada ALLAH, cuai solat, malas nak buat baik.

Tu baru ada dua biji kereta, kalau dikurniakan ALLAH sebuah kerajaan macam Firaun, entah macam mana lagilah lekanya dia. Sama-sama beringat. Orang yang beringat tak akan kena sengat.

~DR. HM Tuah Iskandar Al Haj
"Jom Menyerlah"

*Sekadar bkongsi.

Comments

Popular posts from this blog

Errr.. Hi.

Jumaat