Andalkan mak bapak.

Setiap kali aku melangkah kaki keluar dari rumah nak balik semula ke campus aku akan rasa sebak nak tinggalkan rumah. Rumah tu bukan isu nya sangat. Isu nya sekarang ni, takde perkara lain yang aku fikir melainkan, berapa banyak masa lagi yang aku ada untuk luangkan masa dengan mak aku? Kalaupun aku balik, adakah aku betul2 gunakan masa tersebut untuk meluangkan masa dengan dia? Esok lusa kalau dia dah takde, pada sape lagi harus aku rebahkan diri untuk dijadikan sandaran..? (maksud aku manusia lah, Tuhan tu pasti)

Rasa kesal tu bertimpa2 kalau aku tak dapat balik disebabkan ada kerja misalnya. Lepas ni kalaulah Allah perkenankan hajat aku nak smbung LLb, aku takkan punya masa dah nak balik selalu macam semester nie. Definitely no weekend, tons of workload, depressed and what not. Kalaupun aku dah habiskan LLb, mungkin aku akan sibuk dengan kerja pulak, dan mungkin lepas tu settle down, get married and have kids. Jadi pada waktu yang masih berbaki nie, aku harap aku akan sentiasa jadi anak yang menghargai setiap waktu bersama dengan ibu bapanya.

Who next?
Your mother.
Who next?
Your mother.
Who next?
Your mother.
And then your father.

Comments

Popular posts from this blog

Errr.. Hi.

Jumaat