Bangsa yang bangkit.

Hari kecemerlangan pelajar tak patut pinggirkan pelajar yang kurang cemerlang. Mungkin mereka kurang cemerlang sekarang, mereka akan cemerlang kemudian hari. Ramai macam tu. Kebanyakan orang yang cemerlang hari ni, bukanlah orang yang cemerlang sangat dulu nya. Itu hakikat yang kita kena sedar. Hargailah sejarah kecemerlangan bangsa, selalunya bermula drpd bangsa yang bangkit. Dulunya tak cemerlang langsung, tapi kita tekan segala aspek akhirnya muncul terbilang.

Hargai orang yang kurang cemerlang sebab mereka lah yang akan melakukan kerja2 pembersihan. Mereka lakukan kerja2 bawahan yang sebenarnya tak sanggup di lakukan oleh semua orang, apalagi orang yang cemerlang. Kita hargai sumabangan mereka, kalau tak ada mereka, hancur kita. Jadi, kenapa diangkat sangat orang yang cemerlang gila. Orang yang tak cemerlang selagi dia tak gila dia patut juga dihargai sebab mereka tetap berguna.

Kalau kita pergi haji bila buat salah kena dam. Dam ni maksudnya darah. Darah ni ialah dengan menyembelih kambing. Kambing yang ada di Mekah ni bukan diternak di Arab, juga bukan di Malaysia, tapi kebanyakanya dari Australia. Pelajar yang dapat skor 9A hari ni, nak ke bela kambing?

Orang yang sentiasa menanamkan sifat tawaduk adalah orang yang mhargai mereka yang mengutip sampah, menyapu jalan dan sebagainya. Orang yang menyebarkan kasih sayang dan semangat bekerjasama, itulah peranan mereka. Apa gunanya pandai dan kaya, tapi sombong dan tahunya asyik nk bergaya.

Hargailah sejarah bagaimana bangsa kita bermula. Ingat ya, kekayaan, kecantikan tak kekal, tapi budi baik akan diingat orang sepanjang masa. Faham tu?

Sumber: Dr Tuah =")

Comments

  1. budi baik dikenang juga, makan kopok dgn si dia.

    -ummu-

    ReplyDelete
  2. haha..tetibe kisah sembelih kambing.hahaha

    ReplyDelete
  3. related mir.related.huu

    ummu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Errr.. Hi.

Jumaat