Maybe we should stop.

Final is in a few days time. My first paper is on 22nd April and ends halfway to May. I am ultimately scared. Especially Family Law II. However, there's no room for me to give excuses because my job is to put an effort. Not whine. (I'm not whining. I'm just expressing.huhu)

Dalam beberapa tahun aku buat degree nie, aku banyak belajar dari kesilapan. Kita takkan belajar kalau kita tak buat silap. (obviously true) Nak berjaya usaha nya pun kena seiring dgn kejayaan yang kita nak gapai tu. Tapi untuk berjaya, bukan sekali je usaha yang kita kena lipatkan, kita usaha, fail juga, usaha lagi. Tak berjaya jgk, usaha lagi. Jatuh lagi, usaha lagi, push lagi diri tu. Kejayaan tu tak pernah bmaksud, usaha sekali pasti mendapat. Kena usaha banyak2 kali selagi yang nama nya kejayaan tu kita tak capai. Faham tak? Ke aku cakap berbelit-belit? Maknanya bila kita berusaha tapi masih tak berjaya, janganlah berhenti takat tu jer. Usaha lagi.

Yang betulnya, muhasabah lah diri dan tgk mana silapnya. Stop blaming the situations, stop blaming others. Kalau kita gagal paper misal kata, kita mesti tau ape silapnya dan di mana. Itu pentingya kenal diri dan kenal pasti dkt mn kelemahan kita. Melainkan kita dah betul usaha, tapi tak dapat juga tu takpelah, bukanya tuhan taknak bagi, nak bagi tapi bukan sekarang.  

Aku muak dengar orang beri alasan. Lebihnya kepada tak masuk akal. Jangan gitu, usaha gila2 dulu, usaha tu biar bersungguh2, then kalau gagal xpelah, kita dah usaha. Ni, usaha nya ciput, tapi rasa sesalnya menggunung. Ngalahkan orang yang study gile2.  Ada banyak cara untuk kita fahamkan sesuatu subjek. Kadang kita memang segan nak jumpa lecturer, sbb kadang yelah, student dengan lecturer ni ada batas dia, tapi kita boleh tanya dengan kwn2 kita. Tanya dengan kawan ni lebih mudah, lebih praktikal sbb nya kita sebaya, sama batch, takde batasan nak tanya waktu bila dan dekat mana. On je. "Wey,lepak Mcd petang ni. Aku nak tanya pasal admin law lah. Tak faham dol." Kawan kita pun kata, "Okay set. No hal, asal kau bayar." Kita pun, "Aku tumbuk kepala kau kang." Gurau cket.

Yelah kalau dgn lecturer bukan boleh kita msg atau call pkl 12 pg misalnya. Bolehke? Tapi lain hal dgn kawan. Selambe je kita call pkl 1, 2 pagi pastu cakap, "Weh sory ar kacau kau, kau dah tido ke? Takde, ada benda aku nak tanya ni.." Dia pun jawab, "Aku sepak kau kang." Gurau lagi. Takdenye kawan tu nak marah. Ce cakap dengan lecturer gitu, call waktu tu, ape dapat? Jadi tu guna nya kawan. Peralatkan kawan untuk dapat manfaat tak pernah ada salahnya. Dan aku rasa kawan yang betul mahu membantu, dia akan rasa di hargai, disebabkan dia dijadikan sebagai tempat rujukan untuk sesuatu perkara yang kita tak faham.

Nak kongsi satu cerita tentang seorang banduan yan berada di Sekolah Integriti, Penjara Kajang. Banduan muda ni ambik course Diploma Pentadbiran Perniagaan melalui program jarak jauh. PJJ lah nie. Umur dia 22 tahun dan dia jalani hukuman penjara lima tahun. Dia ambik PJJ sebab dia akui yang betapa dia tak sanggup nak menghampakan harapan mak ayah dia yang nak dia teruskan belajar sementara menjalani hukuman. Tempat dia belajar ialah sebuah institusi pendidikan swasta berpusat di United Kingdom, bukan calang-calang.

Nanti bila dia keluar penjara, dia ada kelulusan luar negara. Ape tak hebat ke tu? Dia ambik SPM tahun 2004 dan STPM 2005 jadi dia layak untuk ikut pengajian yang lebih tinggi. Masalahnya dia duk dalam penjara, so tak bolehlah dia masuk kelas kan. Jadi terpaksalah dia ambik pjj. Bukan tak layak tapi mmg tak boleh. Jadi mcmn dia belajar? Emak dia belikan manual pembelajaran yang memang dibekalkan institusi pengajian itulah.

Tahun pertama pengajian, keputusan exam dia amat memuaskan. Dan sekarang dia ada setahun lagi dan kalau lulus ada peluang untuk teruskan pengajian pada tahap BA. Amacam? Macho tak? Luar biasa hebat tak? Hebatlah tu. Dalam pada kita kata spesis lelaki semakin merosot di IPTA, akan ada graduan dari Universiti UK lahir dari penjara. Sama-sama lah kita renungkan satu senario yang benar ni, untuk kita sama2 muhasabah diri kita yang duduk di luar nie.

Lebih baik jadi macam banduan muda nie, walaupun secara fizikalnya terpenjara, tapi mindanya bebas lepas dan insya allah jadi oranglah bila keluar nanti, insya allah dan akan mbanggakan terutama diri dia sendiri, keluarga, tak mustahil bangsa dan negara. Kan bagus gitu. Sekian, yang baik datangya dari Allah, yang buruk datangya dari aku sendiri.

Sumber cerita: Dari buku Nak jadi, jadi oleh Dr HM Tuah Iskandar.


Comments

Popular posts from this blog

Errr.. Hi.

Jumaat