Jim dan Jennifer continue II

Sambung lagi kisah Jim dan Jennifer tu. Jim terus berjalan dan berjalan. Dia dah tak ada tenaga sbb semua makanan dah tak ada. Kalau ada pun dia dah tinggalkan untuk Jennifer dan baby. Dia terpaksa ambik keputusan yang sgt sukar tu sbb takkan dia nak dukung Jennifer. Bukan jalanraya tapi salji tebal. Tak mungkin dia boleh dukung Jenifer, ditambah dgn baby lagi. Hari ke-9, bermakna sudah sehari Jim tinggalkan isteri dan anaknya jadi makanan rimau dan mangsa keadaan, dia terus berjalan. Berkali-kali dia jatuh. Berkali-kali dia rasakan matanya berpinar. Dia mula dengar suara Jennifer memanggil namanya. Otaknya mula tak bekerja dengan baik. Hipertomia mula nak berlaku keatas dirinya.

Di gua, Jennifer mengalami tekanan perasaan dan kesakitan yang sgt luarbiasa. Kakinya kejung dan untuk mengelakkan rasa sakit, dia benamkan kakinya dlm salji. Dan tindakanya itu semakin mbahayakan dirinya. Tapi menakjubkan, bayi masih hidup. Sungguh di luar dugaan. Pada hari ke-9 itu, adalah hari akhir Jim dan Jennifer jika kedua-duanya tak mendapat sebarang bantuan. Jim tau bila2 mass je dia boleh tewas dan mati di tgh salji yang mbeku. Dia sendiri merasakan nyawanya sudah sampai ke penghujung. Otaknya mula keliru untuk mberikan gambaran sebenar apa yang dilihatnya. 

Tapi Jim tetap menolak dirinya untuk terus berjalan dan terus berjalan. Beratus kali dia terjatuh tapi dia berusaha bangkit dan merangkak. Dia mahu Jennifer dan bayinya selamat. Dia juga mahu dirinya selamat. Dan untuk itu, dia kena pastikan dia selamat dan dapat bantuan. Akhirnya apa yang diharap2 kan menjadi kenyataan. Tiba2 dia berjumpa dgn jalanraya. Meskipun tertutup salji, ia boleh dilalui oleh kenderaan yang besar dan berkuasa. Jim merasakan bagaikan hidup kembali. Dan dia menanti di situ. Ditakdirkan Allah, lalulah sebuah kenderaan.

Selamatlah Jim, Jennifer dan bayinya. Mereka spttnya telah mati. Ya.. dlm keadaan yang begitu mereka spttnya telah lama mati. Menurut kata pakar yang merawat mereka, Jim, Jennifer dan bayi mereka spttnya telah ptt mati pd hari ke-5 mereka tperangkap dalam ribut salji lg. Tapi apakah yang menyebabkan mereka hidup? Kata Jim,

"Kemahuan saya yang tinggi untuk pastikan anak saya dapat sambut hari jadinya yang pertama menyebabkan saya push da push diri saya, wpun sebenarnya pd ketika itu saya telah bgelar mayat."

Dan begitu jugak kata Jennifer, 

"Kasih dan sayang terhadap bayi ini telah memastikan saya hidup."

Hmm..mcmn? Tak ke itu menunjukkan motivasi tggi mbolehkan sesuatu yang luarbiasa mampu dicipta? Tanpa motivasi yng amat tggi, tak mgkin Jim dan Jennifer mampu melepasi ujian yang sgt getir itu. Mcm tu jgklah dgn kehidupan kita nie. Phrase cliche yang menyebut kejayan takkan dtg bgolek tu mmglah masih dan akan kekal relevan.. Nak berjaya nie, bukan setakat sekali dua susah yang akan kita lalui.. Banyak perkara yang kita akan tempuh untuk berada di puncak tu. Tak percaya tanya lah mana2 millionaire dekat Malaysia nie. Asalnya dari keluarga susah, tak bpelajaran tapi akhirnya muncul terbilang disebabkan iltizam yang tinggi. Jangan cakap je kuat berdegar, tapi tindakan tak mgambarkan spt apa yang dicakapkan tu. 

Dahlah, jom kita sama2 berusaha untuk berjaya, mbina jati diri, menaikkan nama bangsa dari terus digelar mcm2 perkara2 negatif oleh bangsa lain. Barulah macho. Barulh cakap serupa bikin.

Comments

Popular posts from this blog

Errr.. Hi.

Jumaat