Jim dan Jennifer continue.

Okay sambung2 cerita Jim dengan Jennifer terperangkap dalam salji tu. Suhu waktu tu ialah -30'F. Bayangkan betapa punya sejuknya. Kita bila bukak peti ais pun cepat2 nak tutup balik sebab terasa sejuknya terkena muka, ini sampai tolak 30'. Lebih dari tahap beku. Kesejukan yang melampau ni boleh sebabkan penyakit reput fros, atau darah membeku esp dk bahagian kaki, sbb bhgn kaki yang lebih lama dan terdera ketika menongkah salji. Tambah plk Jim dgn Jennifer hanya pakai kasut sukan, bukan kasut salji yang sebenar. Itu baru soal sejuk, belum cerita pasal harimau gurun, beruang gurun, serigala gurun. Kalau tserempak dgn binatang2 ni, mmg kita dikenduri kan jawabnya. 

Tak ada pilihan, Jim dan Jennifer terus berjalan dengan susah payahnya. Maklum salji kadang2 setebal 4 kaki, dekat paras dada gitu. Kalau terjatuh, boleh hilang dari pandangan. Kedua-duanya berjalan dan berjalan. Satu lagi..betul ke arah yang diaorang ambik tu? Bila jalan raya dah tertimbus, suasana sekeliling melaut putihnya, mmg tak tahu arah lagi. Jim pun tak ada kompas. Dia main terjah je. Nak tau berapa lama diaorang berjalan ni? Ni kisah benar nie. Dengar baik2 sebab tak mudah nak dapat kisah yang sgt memotivasi mcm ni. Tau berapa lama? 4 hari 4 malam! Bila malam diaorang tido je atas salji, cari le ape2 yang boleh dijadikan pondok sementara. Ranting ke, kayu ke. Tapi selalunya tak ada ape2. Mereka berbaring je atas salji sambil berpelukan untuk memanaskan badan. 

Saat yang paling mencemaskan dan menakutkan Jim dan Jennifer bukan kalau terpaksa bdepan dgn binatang buas, tapi nak tarik zip sleeping bag di mana baby berada didalamnya. Dalam keadaan suhu bwh dari tahap beku, boleh ke seorang bayi hidup? Menakjubkan.. baby tu hidup, hingga empat hari lagi kemudian. Tengoklah kuasa ALLAH. Tapi sebenarnya.. bayi diberikan mekanisme untuk menempuh semua cabaran yang ditempuh sama oleh orang dewasa - sama kuat. Tengoklah bayi kita tu, dia tarik nafas yang kotor sama dengan kita. Kita sesak nafas, tapi bayi masih okay. Bayi awak tu berapa kali jatuh kepala dulu, tapi tak bingal pun kepala dia. Kalau nak ikutkan kuman, berapa punya banyak dekat sekeliling kita ni. Kita kadang2 tewas, tapi baby masih mengekek bila diagah.

Sbb tu kadang2 baby lebih kuat drpd kita orang dewasa. Walaupun tak berdaya, sekadar terlentang, menangis, tapi tidur bayi ada mekanisme yang power, anugerah ILAHI untuk dia. Jadi itulah lebih kurang apa yang berlaku pada bayi pasangan ni. Dia hidup. Sekali lagi ulang, baby tu hidup. Walaupun dah 8 hari dalam suasana sejuk bawah takat beku, yang mana orang dewasa boleh mengalami reput fros dan hiportemia, dia masih boleh mengekek bila diagah. 

Pada hari kelapan, Jennifer benar-benar tewas, Suatu pagi bila terjaga dari tidur, dia tak boleh bergerak. Kakinya kejung. Bila bukak kasut, kaki dia dah jadi hitam. Darah dah beku di situ. Kalau tak diselamatkan segera, dia bakal kehilangan kaki. Terdesak untuk terus hidup, Jim meninggalkan Jennifer dan bayinya dalam sebuah gua salji. Dia sendiri berjalan berpatah balik ke jip yang telah ditinggalkan. Ditinggalkan? Ye ditinggalkan. Korang tak salah baca. Apa jadi selepas tu?

Nak teruskan ke bersambung eh.. erm.. Sambunglah.. :)

Comments

Popular posts from this blog

Errr.. Hi.

Jumaat