Libas nafsumu. Jangan kasi ampun.

Aku tak jadi balik weekend nie. Bukan tak rindu Ummi dan adik2 yang 9 orang dirumah tu tapi kerja melambak cam baju tak basuh 8 hari. Pagi ni celik mata terus decide, okay, aku xjadi balik. (ada la tu dalam hati sesape nak cakap, "ah ummu, balik sesaje".) heh. 

Dan mesti ramai yang ttggu2 dekat rumah wan bila la kaklong nak balik ni. Sorry guys.. my schedules are pretty hectic lately. Hence, ish xlarat nak melayan kerenah korang yang 1 Malaysia tu. Nayli dengan 1001 soalan yang ditujah tanpa mercy dekat aku. Nurin dengan kata2 "So? Do I care about it?" (haha okay yang tu lawak) dan Husna dahlia yang xsesudah dengan baby alive nya sambil mandikan baby tersebut 10 minit sekali. Hua3. Nayli nak terasa la tu kaklong cakap gitu. Ala gurau pun xboleh. So not my taste la u ni Nayli. Ahaks. Tetibe rindu pulak dekat diorang nih. (hurm?)

Since aku dah decide taknak balik rumah wan waima rumahku sendiri, aku pun kena lah kotakan janjiku pada diri sendiri untuk mula mgarap kepala aku ni untuk study. (mgarap uh!) Tapi nampak gaya nye macam lambat lagi jer aku nak bbuat demikian. ngeeee. Mak aku call tadi, aku mintak mak aku doakan aku supaya aku kuat semangat. 

Aku : Mi, doakan kaklong ummi. Kaklong xsemangat.
Mak den : Laa..kenapa kaklong?
Aku : Biaselah ummi.. semangat ni boleh hilang gitu jer..
Mak den : yelah betul tu. Tapi janganlah macam tu. Kata nak bela nasib Ummi?
Aku : *erk!* okay ummi okay ummi tak malas. Jap lagi kaklong study.

Kena sebijik hempap dengan batu hati aku ni. heh. Anyway hari ni hari Jumaat. Penghulu segala hari. Hari kemenangan kita umat Islam. Kepada yang masih tercari2 ape yang korang nak dalam hidup, eloklah mulakan gerak perubahan hari nie. Masa tak tunggu kita. Berjalan laju jer. Pada aku, dalam ape jua hal pun, yang buat kita rasa tbeban nie sbb kita tak mulakan dulu. 

Contoh, kau tak paham satu subjek tu pastu kau biarkan diri kau tak tahu dalam masa yang lama, pastu bila final baru kau cuak nak cover semua topic, mmg mnggal lah jawabnya. Bila tak tau, cepat btindak. Jangan biarkan diri tu diselubungi rasa tak tahu sbb pengakhiranya kau yang sakit nanti. Samalah kalau kita nak berubah. Janganlah asyik pasang azam tapi langkah untuk berubah satu pun xjalan2. Action speaks louder than words. Oh tu sangatlah betul. 

Buat dulu, plahan2, cket2, sbb bila kita dah orak langkah kita dah tak rasa malas lagi. Semudah itu? Yes semudah itu. Eceh. aku cakap ngalahkan Dr. Tuah. eheh. Haish dah ptg2 mcm nie macam2 nafsu menyerang. Nafsu nak tido la, nafsu malas la, nafsu nak makan sedap2 pastu landing atas katil kekenyangan la. Eh byk bebenor lah nafsu yang datang time2 gini. Ish.. 

Tadi masa aku otw nak pg beli lunch, aku nampak sorang mamat tak berapa nak hensem tgh duk depan koop dengan awek dia la kot duk buat ape ntah. Kerja la gamaknya. Time tu dah pkl 1 lebih. Dalam hati aku, amboi, kemain lagi tak bgegas pg solat jumaat? Tapi aku tepis kata2 aku tu, awal lagi, sempat dia nak kejar pg masjid tu. Bila aku otw balik dh beli makanan segala bagai, aku tgk lelaki tu dah takde. Bagus2! pegi solat jgk kau ye. Barulah nampak handsome. (tetibe. Tak bsabit lalu)

*Uip Lelaki Budiman, kamu pergi solat jumaat tak tadi? (Heh sinis sungguh aku. Perasan!)

Comments

  1. ummu, by reading ur blog, rasa mcm kamu dekat di hatiku..hahhaha...miss our precious moment together..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Errr.. Hi.

Jumaat