Waktu dulu..


Yeah esok cuti! Setelah aku diseksa dengan 2 test hari nie, akhirnya aku dapat jugak mhirup erti kebebasan! (euw..sounds tacky) Tak suka hari isnin.. kelas penuh.. :'( huh memandangkan esok cuti sempena Maulud Nabi bolehla aku type entry panjang2 sampai lebam ngeh2. Alkisah......

Aku dulu waktu sekolah rendah, jahat. Waktu primary dulu aku duk bandar. Sekolah dkt SKTTDI (1) dekat dengan One Utama Damansara tu. Jadi faham2 jer lah budak bandar tu mcmn. Poyo, konon speaking berabuk, kerek dan sebagainya lah kan. Jahat in terms of ape tau, aku ada geng. Dan aku blagak mcm aku ketua gengster dalam kumpulan tu. Time tu geng aku ada dalam 7 org kot.. Jadi dulu bab aurat mmg tak jaga lah. Suka hati pakai tudung suka hati bukak. Malas belajar tu satu hal, xpernah buat homework lalu2. Cikgu bagi homework tak pernahnya aku buat. Lantak situ kome. haha. Cikgu mana tak bengang dengan aku. Aku siap pernah kena pggl pegi depan dengan Cikgu Math aku, nama dia Cikgu Maria. (aku tak suka dia sbb perfume dia bau mcm telur) Dia suruh aku selak lengan baju kurung sekolah aku tu, pastu dia lastik tangan aku dengan getah. Brp kali aku tak ingat tapi lebih dr 18 kali lah. Eheh. Punya geram dekat aku yang maleh bebenor buat homework. Hence, kalau aku jalan dekat corridor, kiri kanan orang apit aku, geng2 aku tu lah yang mengapitnya. 

                                
                                    
   (lebih kurang gini le. Tapi aku tak la seksi mcm tu kan. Motif?)

Aku jalan tgh2. Bukan main poyo nak mati. Adik aku cakap, aku kalau jalan dengan geng2 aku tu, kalau selisih dengan adik aku, aku buat muka sombong, siap jeling uh! Padahal main adik sendiri lagi ha. Okay serious part tu aku xingat. Adik aku yang bgtau dan aku sekeras2 nya menafikan. huahuahua.

Time rehat usually aku memang takkan turun kantin memandangkan kelas aku tingkat atas sekali. Jadi memang malas la kan nak beratur panjang2 nak beli makanan. Tak macho lah memandangkan aku ni ketua kumpulan yang di geruni (malah mungkin di benci). Aku ada kuli, dalam bahasa kasarnya lah. Nama dia F. Dia ni pun salah seorang ahli kumpulan aku. Setiap hari, tak aku suruh dia turun bawah belikan aku makanan dekat kantin, aku pau dia punya bekal. Orang bandar, bekal nye pn sedap2 lah kan. Hotdog la, nugget la, fish and chip bagai wpun bawak bekal. Contoh, mak dia bekalkan 6 hotdog, aku pau 4, the rest baru dia makan. heh. Gila teruk perangai aku dulu. 

F ni, cun orangnya, rambut panjang, cantik pulak tu. Putih merah rupanya. Tapi sayang.. kurang cerdik. Bimbo le kata orang putih. Bukan nak mhina tau tapi dia mmg slow sket. Tu pasal aku boleh phambakan dia tu. heheh. Dia mmg lawa smpai Pak Guard pun suka dia, siap ngorat tuh! Tak sedor diri lalu pak guard nya pun. Sbbnye F ni physical dia macam perempuan yang dah besar. Maksudnya macam umur 18 gitu. Padahal waktu tu baru darjah 5. Haa..pastu pulak, time kelas agama, budak non muslim tukar pegi kelas sebelah untuk subject moral, and yang beragama islam pergi another kelas lah untuk kelas agama. Ya allah.. kelas dia tak boleh mengantuk lagi ke?? Gila mengantuk tahap dewa. Ustazah tu sgt bosan ye. Jadi mmg xkena lah dengan jiwa aku nie. Jadi tengah dia menyalin dekat papan hitam tu, aku keluar senyap2 ikut pintu belakang disusuli dengan yang lain2. Tempat lepak kitaorang mcm biasa lah, toilet. Memandangkan toilet tu luas jadi mmg jd port kitaorag melepak. Cukup satu jam, keluar, masuk balik dlm kelas. 

Pastu kerja aku tuang sekolah agama. Lepas habis sekolah session pagi, instead of pergi sekolah agama, aku lepak rumah member aku sorang nie, pun kumpulan aku gak, sampai pukul 5. 20 minit sebelum pukul 5 tu, aku pergi lah sekolah agama, tggu bus sekolah untuk balik. Sbbnya bila nak balik bus sekolah akan ambik dekat situ. Nama kawan aku yang aku tumpang rumah dia tu, H. H nie orang kuat aku lah. Kira orang kepercayaan aku. Dia nie mmg lawa, tapi ganas nak mati. Dia ada taekwando. Dan time tu dia dah dapat belt warna coklat, another level nak dapat black belt. Kerja masuk pertandingan taekwando sesaje. Mmg ganas lah. Tumbuk budak laki, sepak budak laki, balun budak laki slumber badak je. Tak takut langsung! Antara yang lain2, aku mmg paling rapat dengan dia lah. Ape2, semua buat sekali. 

Haa.. tulah antara cebisan kenangan waktu aku zaman sekolah rendah dulu.. Dulu perangai, masya allah.. Sekarang idok le gitu lagi. Zaman budak2 gitulah.. ngeeee. Anyway cerita ni bsambung.. wait aaa......

Comments

Popular posts from this blog

Errr.. Hi.

Jumaat